Rumah tepi laut roboh, ibu dan anak perempuan cedera

Rumah tepi laut roboh, ibu dan anak perempuan cedera

Rumah tepi laut roboh, ibu dan anak perempuan cedera
Dua beranak terselamat selepas rumah mereka di Tanjung Harapan, dekat Pelabuhan Klang roboh. – Foto ihsan Bomba Selangor

KLANG: Dua beranak berdepan detik cemas apabila rumah mereka di tepi laut di Tanjung Harapan, dekat Pelabuhan Klang roboh malam tadi.

Bagaimanapun, wanita berusia 46 tahun itu bersama anak perempuannya, 25, cuma mengalami kecederaan ringan susulan kejadian kira-kira jam 10 malam itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan.

“Kejadian membabitkan sebuah rumah kayu yang dibina atas air roboh dipercayai akibat tiang bawah rumah berkenaan patah.

“Terdapat dua penghuni iaitu seorang wanita bersama anak perempuannya.

“Salah seorang mangsa dikeluarkan orang awam, manakala seorang lagi yang terperangkap di bawah runtuhan kayu diselamatkan pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa yang cedera ringan diberi rawatan awal oleh Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut.

Nak roboh baru datang bincang

Rumah tepi laut roboh, ibu dan anak perempuan cedera

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Waktu terbaik dakwa Zeti dan Nazlan.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker