Sumbat motosikal dalam kereta ketika balik kampung

Oleh – Syeikh Baran


Sumbat motosikal dalam kereta ketika balik kampung
Keadaan kereta yang dimasukkan motosikal bersama barangan lain – tangkap layar/X

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan tindakan mencuit hati seorang lelaki memuatkan motosikal miliknya ke dalam kereta untuk dibawa pulang beraya, lapor portal berita Okezone. 

Video yang dimuat naik di platform X itu menunjukkan motosikal jenis skuter berada di dalam sebuah kereta bersama barangan lain sehinggakan ruang di dalamnya menjadi sempit.



“Pemuda itu akan menempuh perjalanan darat dari Belitang ke Palembang,” kata keterangan video tersebut. 

Belitang terletak di Ogan Komering Ulu Timur, Sumatera Selatan, manakala jarak perjalan ke Palembang adalah 166.9 kilometer atau masa pemanduan 3 jam 49 minit. 

Video itu mendapat perhatian ramai netizen yang memberikan komen.

“Pulang ke rumah atau dihalau dari rumah?” kata seorang netizen. 



“Pulang ke kampung sambil bawa kambing dan lembu di dalam kereta,” kata netizen lain. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button