Pendedahan Raja Petra, Nazlan sendiri ‘jemput’ disiasat

Menurut pemerhatian seorang INDIVIDU yang terlibat dalam dunia guaman, apabila Mohd Nazlan sendiri membuat laporan Polis, secara automatik beliau ‘menjemput’ siasatan.

Nazlan membuat laporan ekoran pendedahan yang dibuat Raja Petra Kamarudin berkaitan transaksi wang yang masuk ke akaun bank beliau.

Menerusi 11 transaksi, sejumlah lebih RM 1 juta telah dipindahkan ke akaun bank Nazlan dan sumber wang tersebut diragui.

“Kalau itu berlaku, ia bermakna Hakim Nazlan telah melakukan kesalahan etika sebagai seorang hakim. Hakim sepatutnya declare kedudukan, keterlibatannya dalam fakta kes yang dikemukakan di Mahkamah.

 

 

“Tidak declare kedudukannya adalah satu kesalahan dan sebagai seorang hakim diboleh dipecat melalui penubuhan satu Tribunal khas untuk tujuan itu.

Kalau benar dia dapat RM1 juta lebih akibat dari terlibat dgn transaksi yg dibentangkan faktanya, itu satu kesalahan yang boleh didakwa berasingan.”

 

 

Sepatutnya pihak Polis menyiasat samada betul atau tidak dakwaan Raja Petra mengenai jumlah wang yang telah ditransaksi ke akaun Nazlan.

Pihak SPRM pula tidak memerlukan laporan Polis untuk memulakan siasatan kerana Akta SPRM memperuntukkan mereka hanya perlukan maklumat atau info untuk mulakan siasatan.

 

 

Pegawai yg terima maklumat itu hanya perlu tuliskan info yang diterima dan boleh teruskan siasatan segera.

Sekumpulan bekas Presiden Majlis Peguam-Bar Council mahu melakukan demonstrasi jalanan menggunakan alasan “Berjalan Demi Keadilan”.

Masalahnya apa motif sebenar mereka jika Nazlan sendiri yang membuka ruang siasatan dilakukan?

Isu Nazlan : mengapa Ambiga & Majlis Peguam gelabah?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker