Sharifah Aryana Bakal Timang ‘Baby Boy’

Usia Kandungan Masuk Bulan Ke-5

Sharifah Aryana Bakal Timang ‘Baby Boy’ 

Sharifah Aryana Bakal Timang ‘Baby Boy’

Pelakon filem Mukhsin, Sharifah Aryana mengesahkan dia kini sedang hamil cahaya mata sulung dan usia kandungannya sudah mencecah lima bulan.

Aryana atau nama sebenar, Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 27, berkongsi berita gembira itu di laman Instagram miliknya buat tatapan pengikut dan peminatnya.

“Selepas menanti lima bulan, saya dan suami, Jad Hanif teruja untuk berkongsikan yang kami bakal menimang cahaya mata lelaki.

“Ia adalah satu perjalanan menggembirakan yang penuh dengan ‘jatuh bangun’ dan perjalanan kita sebagai ibu bapa jauh lagi tetapi kami sudah sangat teruja untuk bertemu dengan si kecil ini nanti.

“Terima kasih buat semua yang dah tahu dan telah menyimpan rahsia ini. Maafkan kami berdua sekiranya ada tersilap kata dan tolong doakan yang kami berdua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan. InsyaAllah.

“Saya sangat gementar untuk bergelar seorang ibu namun berasa bersyukur kerana mempunyai sistem sokongan (moral) yang kuat dan kandungan juga berada dalam keadaan sihat dan baik. Alhamdulillah,” tulis Aryana di ruangan kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rakan-rakan artis tidak ketinggalan mengirimkan ucapan tahniah buat Aryana dan suami di atas rezeki yang dikurniakan.

“Alhamdulillah, tahniah sayang. Gembira untuk awak dan suami,” tulis pelakon Chacha Maembong.

“Awww, tahniah love,” titip pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz.

“Alhamdulillah tahniah,” komen pelakon Elisya Sandha.

“Tahniah Yana dan Jad! Sangat gembira untuk kalian,” titip pelakon Puteri Aishah.

Aryana berkahwin dengan jejaka kelahiran Kuching, Sarawak, Jad Hanif Jimmy pada Januari 2021.

Aryana merupakan adik bongsu kepada pelakon Sharifah Aleya, Sharifah Amani dan Sharifah Aleysha.

Waktu terbaik dakwa Zeti dan Nazlan.

Sharifah Aryana Bakal Timang ‘Baby Boy’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Waktu terbaik dakwa Zeti dan Nazlan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker