Suarez tinggalkan Piala Dunia terakhir dengan air mata

DOHA: Luis Suarez mengakui dia meninggalkan Piala Dunia keempat dan terakhirnya dengan ‘kesedihan dan kekecewaan’ berikutan penyingkiran Uruguay meskipun menewaskan Ghana 2-0.

Uruguay memenangi aksi terakhir Kumpulan H itu tetapi Korea Selatan menyekat kemaraan mereka, yang bangkit menundukkan Portugal 2-1 sekali gus mengiringi lawan itu yang sudah layak ke pusingan kalah mati.

Korea Selatan mara dengan kelebihan jumlah jaringan selepas kedua-dua pasukan mengumpul empat mata.



Suarez meninggalkan padang sambil menangis sementara rakan sepasukan, Edinson Cavani yang marah menolak skrin Video Bantuan Pengadil (VAR) ketika kembali ke bilik persalinan.

“Saya berasa sedih dan kecewa. Saya cukup bertuah dapat beraksi dalam empat Piala Dunia,” kata Suarez, 35, kepada stesen televisyen Uruguay, Teledoce.

“Sebelum perlawanan saya memikirkan tentang anak lelaki saya yang berusia empat tahun yang tidak pernah melihat saya memenangi perlawanan Piala Dunia.

“Hari ini dia melihat saya menang tetapi dengan wajah kesedihan. Bagi seorang bapa, dan seorang pemain, itu sukar,” tambahnya.



AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button