Kapal kargo terbakar, 18 kru selamat

Kapal kargo terbakar, 18 kru selamat

Kapal kargo terbakar, 18 kru selamat
Operasi memadam kebakaran kapal kargo dijalankan. – Foto NSTP/Ihsan Maritim Malaysia

PELABUHAN KLANG: Sebuah kapal kargo membawa muatan kontena yang dalam pelayaran ke Pelabuhan Klang dekat sini, terbakar petang semalam.

Menurut Agensi Penguatkuasaan Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor, kapal terbabit yang berdaftar dari Korea Selatan, MV KMTC Shenzhe dilaporkan terbakar di Perairan Selangor pada jarak lebih kurang enam batu nautika Barat Daya Pintu Gedong, di sini.

“Satu maklumat awam diterima 6.49 petang semalam yang memaklumkan melihat sebuah kapal terbakar berhampiran Pantai Acheh, Pelabuhan Klang.

“Sejurus laporan diterima, Bot Perkasa 35 Maritim Selangor bersama dua bot tunda dari Westport dan sebuah bot tunda Northport diatur gerak ke lokasi kejadian bagi menilai situasi.

“Pihak kapal melaporkan kebakaran dipercayai berlaku di ruangan kargo dan kebakaran masih berlaku (ketika itu),” katanya dalam satu kenyataan awal pagi tadi.

Menurut kenyataan itu, tindakan awal diambil oleh bot tunda Tug Super Tenang, Tug Maju Tenang dan Puteri 19 adalah menggunakan meriam air bagi mengawal api.

“MV Polaris dan bot Syahbandar dari Jabatan Laut Malaysia serta sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pelabuhan Klang turut dikerahkan ke tempat kejadian menggunakan aset Maritim Malaysia dan Westport bagi kerja-kerja memadam kebakaran dan menyelamat.

“Setakat laporan diterima, kesemua 18 kru kapal dilapor selamat. Perkembangan berkaitan kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Kapal kargo terbakar, 18 kru selamat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

BERSATU perlu terima hakikat PAS lebih dominan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker