Polis Israel serang jemaah di Masjid Al-Aqsa

BAITULMAQDIS: Polis Israel menyerang puluhan jemaah di pekarangan Masjid Al-Aqsa pada awal pagi sebelum subuh tadi, menurut saksi, manakala rejim Zionis mendakwa mereka bertindak balas terhadap rusuhan.

Insiden itu mencetuskan bantahan di seluruh Tebing Barat, malah tentera rejim Zionis mendakwa sembilan roket ditembak dari Gaza ke arah Israel selepas siren kedengaran di bandar selatan.

Keganasan semakin meningkat di Tebing Barat serta Baitulmaqdis sejak tahun lalu, dengan ketegangan dikhuatiri terus memuncak bulan ini ketika umat Islam menjalani ibadah puasa dalam Ramadan yang mulia dan pada masa sama terdapat sambutan keagamaan Yahudi.

REUTERS



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker