KRISIS PERAK – Umno Akan Serah Nama Ke Istana Perak

Krisis Perak, Umno Akan Kemukakan Senarai Nama Ke Istana

Peja Azumu

[KGVID]https://my-tv.online/wp-content/uploads/2020/12/VID-20201206-WA0010.mp4[/KGVID]

Presiden Umno memberi gambaran mengenai krisis di Perak. Beliau akan mempersembahkan nama kepada Istana Perak dan mengambilkira peranan semua pihak terutama kepentingan rakyat Perak itu sendiri.

Krisis Perak berlaku apabila Menteri Besar Perak, Dato Seri Faizal Azumu hilang sokongan dalam undi percaya di Dewan Undangan Negeri 4 Disember 2020. Beliau hanya memperolehi 10 undi yang menyokong berbanding 48 tidak menyokong dan 1 berkecuali.

Pas yang mengeluarkan kenyataan melalui Setiausaha Agung Pas pula enggan berkerjasama dengan Umno bagi pembentukan atau pelantikan Menteri Besar Perak yang baru. Bagaimanapun Timbalan Presiden Pas menyatakan mereka akan menilai semula keputusan awal demi kepentingan rakyat Perak.



Sebagai rekod, Umno ada 25 kerusi di DUN Perak berbanding PPBM yang hanya ada 1 + 4 (Adun Lompat) manakala DAP ada 16 kerusi.

Dakwaan awal penganalisa serta pemerhati politik bahawa akan wujud kerjasama antara Umno dan DAP telah disangkal Umno Perak.

Punca Kejatuhan MB Perak – Kerajaan Perak didesak tidak jual Ladang PT Pinang

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker