Amyra Rosli & Amar Baharin Dipuji Peminat [VIDEO]

“Beli Kereta Biasa Pun Bersyukur, Tak Payah BMW, Merc. Sederhana.”

Amyra Rosli & Amar Baharin Dipuji Peminat

Amyra Rosli & Amar Baharin Dipuji Peminat

Perkongsian pelakon Amyra Rosli mengenai pembelian kereta baharu menarik perhatian netizen.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik Amyra, 31, di laman Instagram miliknya, dia berkongsi keterujaannya dan suami, pelakon Amar Baharin, 37, di atas kurniaan rezeki kereta baharu bagi memberi keselesaan buat mereka sekeluarga.

“Dengan izin Allah. For Him & For Her. Alhamdulillah.

“Rasulullah SAW menyatakan bahawa harta yang paling baik dinafkahkan ialah kepada ahli keluarga,” tulisnya sambil disusuli sabda Daripada Tsauban RA bahawa Rasulullah SAW bersabda.

“Maksudnya: Sebaik-baik dinar (wang atau harta) yang dinafkahkan seseorang ialah dinar yang dinafkahkan untuk keluarganya, dan dinar yang dinafkahkan untuk ternakan tunggangannya (kenderaan) yang digunakan di jalan Allah dan dinar yang dinafkahkan untuk para sahabatnya yang berjuang di jalan Allah.

“Hadith Riwayat Muslim: 994,” tulis Amyra di ruangan kapsyen.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Rata-rata warga maya memberi pujian buat pasangan selebriti ini yang dilihat sangat bersederhana walaupun mereka lebih daripada mampu untuk membeli kenderaan yang jauh lebih mahal dan mewah.

“Suka tengok pasangan ni. Kereta biasa-biasa pun dh bersyukur. Tak payah BMW, Merc ka. Sederhana Alhamdulillah.

“I just wanna say, sejuk hati tengok video ni. You guys sangat pure and transparent couple. They just happy on their way sebab semua hanyalah pinjaman Allah.

“I selalu perasan this couple punya life journey, they are supporting each other sebab tu Allah murahkan rezeki kalian. Even i rasa you guys mampu beli lebih dari ni, but you guys choose to be lowkey and happy on your own way.  Teruskan this kind of attitude, semoga Allah rahmati keluarga ini dunia akhirat.

“Alhamdulillah tumpang gembira dan bahagia tengok. Semoga dimurahkan rezeki dan bahagia till jannah insya-Allah,” komen beberapa netizen.

Untuk info, Amyra dan Amar berkahwin pada 11 November 2016 dan hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Aqeef Anaqi, 5, dan Ayra Aryssa, 2 tahun.

Mata wang Dinar Kuwait paling mahal di dunia

Amyra Rosli & Amar Baharin Dipuji Peminat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Waktu terbaik dakwa Zeti dan Nazlan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker