Hampir 13,000 tentera Ukraine terkorban

Hampir 13,000 tentera Ukraine terkorban

Hampir 13,000 tentera Ukraine terkorban

KYIV: Sekurang-kurangnya 13,000 anggota tentera Ukraine terkorban sejak pencerobohan Russia di negara itu pada Februari lalu.

Angka itu didedahkan oleh Penasihat Kanan kepada Presiden Volodymyr Zelensky iaitu Mykhailo Podolyak dalam satu wawancara di Channel 24.

“Kami memperoleh anggaran jumlah rasmi ini daripada Kakitangan Am.



“Ia dianggarkan kira-kira 10,000 hingga 13,000 anggota tentera terkorban dalam konflik itu,” katanya.

Menurut beliau, Zelensky akan mengumumkan angka rasmi itu pada masa yang sesuai.

Jun lalu, tentera Russia bertempur untuk menguasai sepenuhnya wilayah Lugansk.

Ketika itu, Zelensky memaklumkan seramai 60 hingga 100 anggota tentera Ukraine terkorban hampir setiap hari, dan kira-kira 500 cedera.



Pada September lalu, Menteri Pertahanan Russia, Sergei Shoigu menyatakan seramai 5,937 tentera Russia terbunuh sepanjang tujuh bulan pertempuran. – AFP

Jawatan dalam kabinet perkukuhkan kluster Setia hadapi Kluster broker pada pemilihan UMNO.

Hampir 13,000 tentera Ukraine terkorban


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Jawatan dalam kabinet perkukuhkan kluster Setia hadapi Kluster broker pada pemilihan UMNO.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker