Ibu tipu anak sakit untuk dapatkan wang terbongkar

Oleh – Syeikh Baran


Ibu tipu anak sakit untuk dapatkan wang terbongkar
Ibu tipu anak sakit untuk dapatkan wang terbongkar

Seorang ibu dan anaknya menjadi tular di media sosial kerana didakwa berpura-pura sakit demi mendapatkan bantuan di sebuah hospital di Jakarta, lapor akhbar Tribun Jabar semalam.

Menurut seorang pengguna TikTok yang menggunakan akaun @telimsartan pada Isnin lalu, dia dan rakannya bernama Suherna datang meminta bantuan untuk menempah perkhidmatan teksi dalam talian. 

Suherna memberitahu pengguna itu bahawa anaknya, Rizal baru sahaja menjalani pembedahan jantung dan kini mengalami kegagalan buah pinggang serta kanser di kepala.

“Ibu Suherna berkata selepas pembedahan, anaknya memerlukan kerusi roda supaya mudah untuknya bergerak.

“Salah seorang pesakit memberi wang tunai 300 ribu rupiah (RM89.47) agar Rizal boleh membeli kerusi roda kedua,” kata pengguna TikTok itu  dalam video tersebut.

Melihat keadaan Rizal yang teruk, pengguna TikTok itu menganjurkan kutipan derma untuk mendapatkan kerusi roda yang lebih baik.

Bagaimanapun, pengguna itu terkejut apabila melihat anaknya yang baru sahaja menjalani pembedahan dan didakwa menghidap kanser boleh berlari seperti orang sihat.

Berdasarkan pemilik akaun itu, ini bukan kali pertama ibu tersebut menipu orang ramai. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker