Ribut petir dijangka di seluruh negara petang ini



KUALA LUMPUR: Beberapa negeri di seluruh negara diramalkan mengalami ribut petir dan hujan bermula hari hingga malam esok.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataannya, berkata Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan pagi ini, hujan dialami kebanyakan tempat di pedalaman Kelantan serta beberapa kawasan di Terengganu, manakala hujan pada satu dua tempat di Pulau Pinang, Johor, Perak, Selangor, Melaka, Sarawak (Mukah dan Kapit) dan Sabah (Tawau).

Sebelah petang ini, ribut petir dijangka berlaku di beberapa tempat sekitar Terengganu dan Kelantan.

Kejadian sama dijangka membabitkan satu dua tempat di Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Perlis, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Miri dan Limbang) dan Sabah (Pedalaman, Pntai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat).



Kejadian sama dijangka berterusan sebelah malam ini membabitkan beberapa tempat di Terengganu dan pedalaman Kelantan.

Selain itu, satu dua tempat di Pahang, Sarawak (Bahagian Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Limbang) dan Sabah (Pedalaman dan Labuan), dijangka mengalami ribut petir malam nanti.

Manakala Perlis, Pulau Pinang, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Melaka dijangka mengalami hujan.

Pagi esok, ribut petir dijangka berlaku satu dua tempat di Melaka, manakala hujan diramalkan berlaku di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Perak, Negeri Sembilan dan Sabah (Tawau, Sandakan dan Kudat).



Sebelah petang pula, ribut petir dijangka berlaku di Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak (Kuching, Setian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu) dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan WP Labuan), Johor serta beberapa kawasan pedalaman negeri Kedah, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan.

Seterusnya, malam esok rebut petir dijangka dialami di Pahang dan Labuan serta beberapa kawasan pedalaman Perak, manakala hujan dialami di Kedah, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Johor dan Sarawak (Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang).

Amaran cuaca ini dijangka berlarutan selama dua hari dan sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh layari laman web rasmi MetMalaysia, selain aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan ini atau menghubungi hotline 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

METRO





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker