Lesti Kejora tarik balik laporan polis terhadap Rizky Billar demi anak

Lesti Kejora tarik balik laporan polis terhadap Rizky Billar demi anak

Lesti Kejora tarik balik laporan polis terhadap Rizky Billar demi anak
Laporan polis terhadap Rizky Billar ditarik semula.

PENYANYI Lesti Kejora menarik semula laporan polis berhubung dakwaan kekerasan rumah tangga yang dibuat ke atas suaminya, Rizky Billar sebaik sahaja pulang dari menunaikan umrah.

Memetik laporan Detik Hot, Lesti memaklumkan keputusan itu dibuat selepas memikirkan anak mereka yang tidak bersalah dan menjadi mangsa dalam perkara tersebut.

“Kerana anak saya, dia suami dan juga bapa kepada anak saya,” katanya.



 

Lesti tarik balik laporan polis terhadap Rizky Billar.

Lesti juga memaklumkan bahawa Rizky mengakui akan kesalahan dirinya dan meminta maaf kepada kedua ibu bapanya sekali gus menyesali akan perbuatannya itu.

“Alhamdulillah sudah mengakui perbuatannya dan meminta maaf kepada saya terutamanya kepada kedua ibu bapa saya.

“Insya Allah keluarga saya, bapa dan ibu saya memaafkan perbuatan suami saya.

“Saya berharap dia tidak akan mengulangi lagi perbuatan ini,” katanya.



Sementara itu, peguam yang mewakili Lesti iaitu Sandy Arifin menyatakan terdapat beberapa hal penting dalam persetujuan pendamaian penyanyi berkenaan bersama suaminya.

Lesti Kejora tarik balik laporan polis terhadap Rizky Billar demi anak
Lesti diserang media selepas tarik balik laporan polis.

“Ada beberapa isi penting dalam perjanjian mereka. Kalau Rizky melanggar peraturan tersebut, Lesti berhak membawa perkara ini ke mahkamah. Sesuai perjanjian, perkara ini tidak akan berlaku lagi,” katanya lagi.

Terdahulu, media melaporkan Rizky telah mencekik Lesti sehingga terjatuh ke lantai selepas isterinya mengetahui dirinya berlaku curang.

Rizky Billar dan Lesti Kejora – Berita pergolakan rumah tangga

 

Lesti Kejora tarik balik laporan polis terhadap Rizky Billar demi anak

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Penyatuan Umah PAS  adalah menolak saf besar dan pilih saf kecil.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker