PAK ANDAK 7 HARI MENCINTAIKU 2 MENINGGAL DUNIA

 

PELAKON veteran Idris Mat Diah yang dikenali dengan watak Pak Andak menerusi drama bersiri popular 7 Hari Mencintaiku 2 meninggal dunia di Putrajaya pada usia 61 tahun jam 2.30 pagi hari ini.

Anak Allahyarham yang dikenali sebagai Alia berkata, bapanya didapati tidak sedarkan diri kira-kira jam 2 pagi sebelum mereka menghubungi ambulans.

Pasukan perubatan yang tiba kemudian mengesahkan Idris meninggal dunia jam 2.30 pagi.

Alia turut memaklumkan dua, tiga hari ini, bapanya tidak mempunyai selera makan.



Terdahulu berita kematian Idris atau nama sebenarnya Mohd Idris Mohd Diah dimaklumkan menerusi ucapan takziah rakan-rakan artis dan penerbit drama buat ahli keluarga Allahyarham.

Antaranya pelakon drama bersiri Gerak Khas, Zulkifli Ismail, Kay Maria dan penerbit Raja Azmi.

Jenazah Idris disolatkan di Masjid Al-Faizin, Kepong, Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, hari ini.

Idris pernah berlakon dalam filem Janin pada 2010 selain pelbagai drama bersiri dan telefilem popular antaranya Cucu Tauke Beras, Menantu Bilal, Andainya Takdir, Love You Mr Arrogant dan Zahir Tak Terucap.



Selain itu, Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai pustakawan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas)

Hmetro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker