Parlimen bubar kerana surat 12 Menteri PN

Pakatan cuba heret Istana ke Mahkamah

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


 

Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan pada tahun ini selepas Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober 2022. Biarpun ramai sangsi ketika khabar-khabar mengenai pembubaran Parlimen berlegar, akhirnya ia menjadi kebenaran.

Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional membantah pembubaran Parlimen dengan alasan musim banjir. Itu hanyalah alasan dan ia dimomokkan kepada rakyat sebagai modal untuk menolak PRU15.

Perikatan Nasional pula mengambil tindakan drastik dengan mengutus surat yang ditandatangani 12 Menteri mereka kepada Istana Negara bagi menyatakan bantahan.

Secara tidak langsung, mereka telah menunjukkan Ismail Sabri Yaakob telah hilang kepercayaan dari Ahli Parlimen. Majoriti tipis yang dimiliki Ismail Sabri seringkali dijadikan bahan untuk ‘ugutan’ PN agar akur dengan kehendak mereka.

Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong telah memberi pekenan untuk pembubaran Parlimen namun Baginda juga menzahirkan kekecewaan Baginda berkaitan situasi politik semasa.

Dari apa yang dizahirkan Agong, ia nampak menjurus kepada surat yang diutuskan oleh 12 Menteri PN. Surat tersebut secara mengesahkan sokongan kepada Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri telah ditarik balik.

Kini terbukti, bukan sahaja 12 Menteri Perikatan Nasional menunjukkan penentangan mereka terhadap KYDMM Agong, malah dari kalangan DAP dan Pakatan Harapan juga cuba ‘bermain api’.

Membawa isu Perkenan Agong ke Mahkamah merupakan satu penghinaan terhadap Titah Raja dan ini sesuatu yang serius untuk difikirkan.

Adakah wajar mereka ini menentang Titah Seri Paduka Baginda secara tidak langsung dan menunjukkan seolah mereka berada di pihak yang benar?

Ahli politik sewajarnya faham kedudukan mereka berada di tangan rakyat. Tanpa sokongan rakyat, mereka tidak mampu membentuk kerajaan dan tidak akan menikmati semua kemudahan serta keistimewaan yang diperolehi sekarang.

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker