10,000 mangsa penipuan pelaburan rugi hampir RM3 bilion

10,000 mangsa penipuan pelaburan rugi hampir RM3 bilion

10,000 mangsa penipuan pelaburan rugi hampir RM3 bilion
Antara mangsa penipuan pelaburan bersama Presiden MCCC, Tan Sri Musa Hassan hadir membuat laporan di IPD Sentul. – Foto NSTP/Amirudin Sahib

KUALA LUMPUR: Akibat terdesak dan hilang punca pendapatan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dipercayai antara punca utama lebih 10,000 individu menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan membabitkan kerugian mencecah RM3 bilion.

Perkara itu didedahkan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) dan Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) bersama 180 mangsa penipuan ketika membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini, hari ini.

MHO memaklumkan mangsa diperdaya oleh ejen pelaburan dan ditawarkan dividen yang tinggi setiap bulan mencecah 17 peratus sebulan.



Kebanyakan mangsa tertarik dengan tawaran pulangan yang tinggi dan ketika itu kebanyakan berada pada tahap susah dan tidak bekerja ketika PKP dengan jumlah pelaburan serendah RM50,000 hingga RM4 juta seorang.

Difahamkan pelabur diberikan satu akaun yang mana perlu menjalankan transaksi pelaburan di platform itu dan diberikan modal dalam bentuk mata wang kripto ‘usdt’ mengikut jumlah pelaburan dan semua transaksi pelaburan dijalankan menggunakan mata wang kripto ‘usdt’ itu.

Setiausaha Agong MHO, Datuk Hishamuddin Hashim, berkata pihaknya difahamkan kes ini pernah disiasat polis namun sindiket ini tidak berhenti dan masih berleluasa memperdayakan orang ramai untuk menyertai pakej pelaburan yang ditawarkan.

“Pada hari ini, 180 mangsa tampil membuat laporan dan kita anggarkan ribuan mangsa ditipu terutama ketika PKP sejak 2020 oleh sindiket ini yang mengambil kesempatan memperdaya mangsa untuk menyertai pelaburan secara dalam talian yang kononnya dilindungi insurans.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Ramai mangsa juga adalah warga emas dan majoriti berbangsa Cina. Ada yang keluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), duit simpanan dan ada yang meminjam wang dengan ah long semata-mata untuk menyertai pelaburan palsu yang dikenali sebagai Zuttelo ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Hishamuddin berkata walaupun sindiket ini pernah disiasat namun belum ada tangkapan dilakukan dan semakin berleluasa malah menyediakan ‘program pelaburan’ baharu menggunakan nama Solaris di platform media sosial dengan kandungan bahasa Malaysia menyasarkan pelabur kaum lain.

“Sekiranya Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bertindak secara serius, sindiket ini akan menjadi lebih ekstrim sehingga menjadi kartel penipuan mensasarkan lebih ramai rakyat Malaysia sebagai mangsa, sebagai contoh sindiket penipuan oleh Teddy Teoh,” katanya.

Justeru, beliau mencadangkan PDRM agar selain menggunakan Seksyen 420 Kanun Keseksaan, pihak berkuasa itu untuk turut menggunakan undang-undang pencegahan seperti Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).



Katanya, ketegasan pihak berkuasa amat dituntut dalam menangani isu penipuan pelaburan di negara ini yang pada masa ini dilihat semakin parah dan lebih serius berbanding isu dadah.

Sementara itu, Presiden MCCC, Tan Sri Musa Hassan, berkata orang ramai wajar lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang pelaburan dan tidak mudah terpedaya tawaran pulangan yang tinggi.

“Apa yang perlu dilakukan kini adalah langkah pencegahan yang serius. Mencegah orang ramai daripada terpedaya dengan tawaran-tawaran pelaburan palsu dan mencegah sindiket-sindiket penipuan daripada terus melakukan kegiatan sebegini,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Sementara itu, seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Chia, 48, berkata dia mengetahui mengenai pelaburan itu selepas diperkenalkan seorang rakan lamanya.



Menurut ahli perniagaan itu, disebabkan PKP, semua penerangan berhubung skim ditawarkan dibuat melalui dalam talian dengan pulangan dijanjikan sebanyak 16.8 peratus.

Katanya, jumlah keseluruhan kerugian yang ditanggung olehnya adalah sebanyak RM500,000.

Jawatan dalam kabinet perkukuhkan kluster Setia hadapi Kluster broker pada pemilihan UMNO.



10,000 mangsa penipuan pelaburan rugi hampir RM3 bilion

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Jawatan dalam kabinet perkukuhkan kluster Setia hadapi Kluster broker pada pemilihan UMNO.

 



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button