Johor berhasrat buka pusat proses visa China

Johor berhasrat buka pusat proses visa China

Johor berhasrat buka pusat proses visa China
RAVEN KUMAR (dua kanan) menyambut ketibaan pelancong China melalui penerbangan terus di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.

JOHOR BAHRU: Negeri ini berhasrat membuka pusat pemprosesan visa pengembara dari China bagi memudahkan urusan mereka, sekali gus meningkatkan kemasukan pelancong dari negara berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri, K. Raven Kumar berkata, pihaknya telah menyuarakan perkara itu kepada kerajaan Persekutuan.

β€œKami sedang berbincang dengan Kedutaan China untuk membuka sebuah pusat pemprosesan visa di sini bagi memudahkan orang ramai melakukan perjalanan antara Johor dan China.



β€œKami juga telah membuat permintaan ke peringkat Persekutuan kerana ia bukan di bawah bidang kuasa negeri,” katanya selepas mengalu-alukan kedatangan seramai 100 pelancong dari Guangzhou, China di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, di sini hari ini.

Raven Kumar berkata, pada masa ini terdapat tiga penerbangan antara Guangzhou dan Johor setiap minggu, namun kekerapan penerbangan itu mungkin akan ditambah pada masa depan.

β€œHari ini kami alu-alukan semula penerbangan pertama penumpang dari China dan berharap ini dapat membantu meningkatkan lagi sektor pelancongan di negeri ini.

β€œSelain itu, kerajaan negeri juga sedang mengkaji untuk mengadakan penerbangan terus dari kawasan lain di China seperti Beijing,” katanya.

Dalam pada itu, Raven Kumar turut memberitahu, beberapa penerbangan terus dari Johor ke Jakarta, Indonesia akan ditawarkan tahun ini.



β€œSaya dimaklumkan kita juga akan melihat penerbangan antara Jakarta dan Johor yang dijangka bermula dua hingga tiga bulan lagi.

β€œSelain itu, kami juga sedang berbincang untuk mengadakan penerbangan terus dengan Korea Selatan dan India,” katanya. – UTUSAN

 

China buka semula sempadan kepada pelancong asing

Johor berhasrat buka pusat proses visa China


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Raja Petra kata Muhyiddin dikelilingi cytro bodoh

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker