Apa hasil siasatan ‘Surat Karam’ Perak?

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Apa hasil siasatan 'Surat Karam' Perak?

Perak pernah digegarkan dengan isu ‘Surat Karam’ dan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia -SPRM pernah mengeluarkan kenyataan akan menyiasat perkara tersebut.

Pada waktu itu, Datuk Hamidah Osman – bekas Naib Presiden PUTRA, berkaitan skandal penyalahgunaan kuasa berhubung dengan pemberian tanah seluas 1,200 ekar hutan Negeri Perak.

Dalam pada itu, Datuk Hamidah telah menaikmuat satu video melalui aplikasi TikTok beliau mempersoalkan penjualan sebidang tanah yang dipercayai di bawah nilai sebenar.

Beliau juga menyebut mengenai harga penjualan serta nilai sebenar tanah tersebut menerusi video itu.

Datuk Hamidah yang dihubungi menerusi panggilan telefon menyatakan, kes ini sudah terlalu lama berada dalam siasatan SPRM namun sehingga hari ini masih tiada tindakan susulan dinyatakan SPRM.

Surat bertajuk ‘surat karam’ itu mendedahkan dakwaan skandal penjualan tanah dan pasir yang didakwa diberikan kepada individu-individu dikaitkan dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Bagaimanapun isu ‘Surat Karam’ itu senyap dua bulan lalu sehingga muncul semula dua hari lalu selepas Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu kehilangan majoriti Undi Percaya dalam Sidang DUN dan kemudianya meletak jawatan baru-baru ini. – Sabahkini2 – 7/12/2020

Mungkin sudah sampai masanya untuk SPRM mengeluarkan kenyataan berhubung siasatan ‘Surat Karam’ Perak yang telah menjadi kontroversi ketika Perikatan Nasional memerintah Negeri Perak.

Antara media yang melaporkan berita berkaitan isu ‘Surat Karam’ dan kenyataan SPRM –

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker