Bapa, ibu tiri dipenjara 2 tahun dera anak hingga cedera

Bapa, ibu tiri dipenjara 2 tahun dera anak hingga cedera

Bapa, ibu tiri dipenjara 2 tahun dera anak hingga cedera
Pasangan suami isteri mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah atas tuduhan mendera anak mereka. NSTP/ABNOR HAMIZAM ABD MANAP

KUALA PILAH: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap bapa kandung dan ibu tiri yang mengaku salah mendera anak mereka berusia enam tahun hingga cedera.

Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Aizat Zolkepli, 27, dan Siti Norshakina Mohd Noor, 31, selepas kedua-dua mereka mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan.

Hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap ke atas pasangan suami isteri itu, selain kedua -dua mereka dikenakan bon berkelakuan baik tanpa cagaran selama dua tahun setiap seorang dan menjalani hukuman khidmat masyarakat selama 80 jam setiap seorang.



Mengikut pertuduhan, kedua -dua tertuduh secara bersama didapati menganiaya dengan mendera kanak-kanak berusia enam tahun sehingga mengalami kecederaan di seluruh badan.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Rumah Rakyat Jambu Lapan, Bahau mulai Mac hingga 12 September lalu.

Susulan itu, kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak – Kanak 2001 (Akta 611) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua -duanya.

Lelaki itu dalam rayuan mengakui kesilapan dilakukan dan memohon hukuman diringankan berikutan mempunyai tiga anak yang masih kecil.



Isterinya yang juga ibu tiri mangsa turut mengemukakan rayuan sama dan sudah menginsafi kesalahan dilakukan.

Bagaimanapun, pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Peh Fong Xi memohon mahkamah memberi hukuman berat dengan mengambil kira kecederaan dialami kanak-kanak itu yang sepatutnya dijaga dengan baik.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Bapa, ibu tiri dipenjara 2 tahun dera anak hingga cedera


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Kemunafikan PN Dan ‘Kepelikan’ DNAA Zahid



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button