Buruh didakwa tetak lelaki guna parang

Buruh didakwa tetak lelaki guna parang

Buruh didakwa tetak lelaki guna parang
Tertuduh, Mohd Amran Razali mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas pertuduhan menetak seorang lelaki menggunakan parang sehingga menyebabkan mangsa cedera parah termasuk hampir putus ibu jari tangan kiri. – Foto NSTP/Zatul Iffah Zolkiply

KUALA TERENGGANU: Buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menetak seorang lelaki menggunakan parang sehingga menyebabkan mangsa parah termasuk ibu jari tangan hampir putus.

Tertuduh, Mohd Amran Razali, 33, membuat pengakuan itu sebelum mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas mangsa berusia 38 tahun dengan menggunakan sebilah parang.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Gong Cempedak di daerah Marang jam 7.50 malam pada 23 November lalu.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 8 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Mahkamah juga menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri ke balai polis berhampiran pada 1 hari bulan setiap bulan selain tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan saksi sepanjang prosiding berlangsung.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hanis Nabihah Hizamul-Din manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki hampir putus jari tangan dan cedera parah pada lutut akibat ditetak di hadapan sebuah rumah di kawasan Kampung Gong Cempedak di Marang.

Kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek terhadap mangsa berkaitan pembayaran ganti rugi kerosakan kereta.

Pemandu lori tetak 4 ahli keluarga dipenjara 15 tahun, 8 sebatan

Buruh didakwa tetak lelaki guna parang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Jawatan dalam kabinet perkukuhkan kluster Setia hadapi Kluster broker pada pemilihan UMNO.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker