Letupan ketika orang ramai cedok bahan api

Letupan ketika orang ramai cedok bahan api

Letupan ketika orang ramai cedok bahan api
FOTO HIASAN

Abuja: Polis Nigeria pada Isnin mengesahkan berpuluh-puluh orang terbunuh dalam letupan lori tangki bahan api di negeri Ondo pada Ahad.

Mangsa terperangkap dalam kebakaran ketika sedang mengumpul bahan api dari lori tangki yang terbabas dan terbalik selepas terbabit dalam kemalangan di bandar Ore Ondo, kata jurucakap polis di Ondo, Funmilayo Odunlami, lapor Xinhua.

Odunlami berkata, siasatan polis mengesahkan mangsa sedang “menceduk bahan api dari lori tangki” semasa kebakaran bermula.



Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 20 orang mati terbakar, dipercayai akibat percikan dari telefon yang dipegang oleh seorang daripada mangsa.

Penduduk tempatan bergegas ke lokasi kejadian sebaik mendengar bunyi dentuman kuat.

Akhbar tempatan Punch yang memetik saksi melaporkan bahawa sekurang-kurangnya tiga kanak-kanak turut terkorban.

Kegiatan mengumpul bahan api dari lori tangki biasa berlaku di Nigeria dan kerap menyebabkan kematian serta kemusnahan.



Letupan ketika orang ramai cedok bahan api


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kebiadaban Presiden Parti Gerakan

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker