Graduan tak rela pakai jubah macam kain perca masa konvo

Sewa mahal, Hina sangat ke kami?

Graduan tak rela pakai jubah macam kain perca masa konvo

Graduan tak rela pakai jubah macam kain perca masa konvo
Jubah konvokesyen yang diterima mengecewakan sebahagian pelajar Unimel.
GRADUAN Universiti Melaka (Unimel) kecewa dengan jubah konvokesyen yang diterima dan lebih membuatkan mereka bengang apabila pihak universiti memberikan penyelesaian tidak memuaskan hati terhadap permasalahan itu.

Salah seorang daripada mereka, @_aasyue yang tamat pengajian pada 2020 berkongsi rasa sedih kerana telah menunggu selama dua tahun untuk upacara konvokesyen, tetapi menerima jubah kosong, berwarna hitam yang diibaratkan seperti ‘sampah’.

“Hina sangat ke kami?

“Disebabkan kami tamat pengajian semasa kes Covid mendadak, pihak Unimel buat baju warna hitam macam ini?

“Jangan sampai kami tidak hadir ke konvokesyen pada 6 Disember 2022! Biar pihak universiti rasa apa yang pelajar rasa.

“Jika tak mahu perkara ini berlaku, sila ganti semula duit kami!” katanya dalam satu posting di Instagram.

Difahamkan, graduan yang bakal menerima ijazah dari universiti tersebut perlu membayar sewa sebanyak RM450 untuk jubah konvokesyen.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Walaupun setiap orang membayar jumlah yang sama, tetapi hanya pelajar dalam Sidang 1 dan Sidang 2 menerima jubah konvokesyen kosong seperti dipaparkan, tetapi pelajar Sidang 3 hingga 8 dikatakan menerima jubah yang jauh lebih berkualiti dan cantik.

Jubah konvokesyen yang sepatutnya dipakai pelajar Unimel.
Jubah konvokesyen yang sepatutnya dipakai pelajar Unimel.

Apa yang berlaku menyebabkan graduan Sidang 1 dan Sidang 2 berasa tidak adil kerana kadar sewa yang perlu dibayar oleh setiap graduan adalah sama.

Terdapat juga graduan yang mempertikai kewajaran pihak Unimel menjemput Khai Bahar sebagai artis jemputan, sedangkan masalah pelajarnya ada yang mendapat jubah tidak setara dengan bayaran tidak diselesaikan dengan baik.

Di ruangan komen posting yang sama, kumpulan pelajar Unimel mendakwa telah menghubungi pihak akademik dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) berhubung isu ini tetapi kedua-dua pihak tidak memberi jawapan, malah ada yang meletakkan telefon setelah dihubungi dan memberikan penyelesaian yang tidak memuaskan.

“Mohon para graduan bersabar di atas ketidakpuashatian berkenaan isu jubah konvokesyen.

“Kami, pihak MPP akan mempercepatkan langkah dalam mengajukan solusi kepada pihak atasan dengan segera.

“Kami di pihak MPP akan segera menyelesaikan isu ini dengan kadar yang segera. Segala cadangan amat kami hargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih,” ujar pihak MPP Unimel.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Selepas posting tersebut dimuat naik, Unimel tampil memberi penjelasan dengan menyatakan bahawa jubah hitam kosong yang dibekalkan itu sebenarnya disewa kerana jumlah graduan yang bakal diraikan seramai 3,000 orang dan jubah sedia ada tidak cukup untuk menampung keperluan semua graduan.

Sebagai ‘penyelesaian’ graduan dari Sidang 1 dan Sidang 2 akan diberikan ‘hood’ berwarna kuning sebelum memasuki Dewan Istiadat Konvokesyen.

“Berbaloi sangat la harga bayar sama lepas tu dapat jubah hitam dengan hood warna kuning tu?

“Memang dah terpaling cantik la tu macam graduan sesi 21/22?” demikian komen sinis yang ditinggalkan di ruangan komen berhubung hood kuning yang ditawarkan.

Graduan tak rela pakai jubah macam kain perca masa konvo
Perkongsian graduan Unimel di Twitter.

 

Para pelajar Unimel juga meluahkan rasa kecewa kerana merasakan rintihan pelajar tidak diutamakan.

“Gila, baju konvo macam kain perca.

“Baik kau beli kain bidang, selepas itu buat sendiri daripada bayar sewa beratus pada pihak universiti.

“Senang betul buat duit macam ini. Kalau cakap sebab ramai nak menerima ijazah, boleh sahaja sewa dari universiti lain kan? Ini penganiayaan pihak universiti kepada pelajar,” kata seorang graduan Unimel dalam satu ciapan yang tular di Twitter melalui akaun @kojie_yama.

Unimel dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) merupakan sebuah universiti diiktiraf di bawah akta Pendidikan Universiti Swasta yang menawarkan pelbagai kursus termasuklah program Antarabangsa, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan juga Master dan PhD.

Datang Ke Anime Fest Lelaki Sebar Dakwah Dipuji Netizen

Graduan tak rela pakai jubah macam kain perca masa konvo


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Jawatan dalam kabinet perkukuhkan kluster Setia hadapi Kluster broker pada pemilihan UMNO.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker