Hishamuddin perlu jawap dakwaan Hj Hadi

 

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Hishamuddin perlu jawap dakwaan Hj Hadi

 

Ahli Parlimen Sembrong, Hishamuddin Hussein perlu menjawap dakwaan Tan Sri Hj Hadi Awang yang mengaitkan beliau dengan siri sokongan terhadap Perikatan Nasional.

Hj Hadi mengaitkan Hishamuddin dengan dakwaan sokongan oleh 10 ahli Parlimen BN yang mahu membantu PN membentuk kerajaan semasa kemelut penubuhan kerajaan selepas PRU15.

Dalam satu video yang didedahkan akaun facebook Skuad Siasat dakwaan Hj Hadi adalah serius untuk dikaji kepimpinan tertinggi Barisan Nasional.

Hj Hadi mendakwa mereka (PN) sudah beroleh cukup sokongan ,115 kerusi bagi membentuk kerajaan pada ketika itu.

Bagaimanapun, PN gagal membuktikan kesahihan dakwaan menyebabkan DYMM Agong memanggil kedua-dua Anwar dan Muhyiddin untuk membentuk Kerajaan Perpaduan. Namun, PN tidak bersetuju untuk membentuk kerajaan kerana merasakan sudah mempunyai cukup sokongan ahli parlimen.

Hishamuddin perlu jawap dakwaan Hj Hadi

Dalam pada itu, MCA yang juga komponen Barisan Nasional menerusi Timbalan Presiden, Mah Hang Soon mendakwa seorang pemimpin kanan BN memberitahu MCA patut menyokong Perikatan Nasional. Bagaimanapun, siapa pemimpin tersebut tidak disebut Mah.

Spekulasi kuat mengenai gerakan yang dibuat Hishamuddin untuk membawa sokongan BN kepada PN semakin menimbulkan konflik kepada penyokong beliau sendiri. Sudah kedengaran ada gerakan untuk menjatuhkan Zahid sebelum pemilihan parti yang dijangka berlangsung sekitar Mei 2023.

Majlis Tertinggi BN perlu memandang serius perkara tersebut kerana ia boleh membawa perpecahan dalam BN itu sendiri.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker