“KUDETA” pada pemilihan UMNO 2023

Oleh Adam Malik

Puak kecewa yang kehilangan jawatan Perdana Menteri dan Menteri dari kalangan UMNO selepas PRU15 , kini melakar Langkah untuk Kembali mendapat kuasa melalui pemilihan UMNO pada pertengahan tahun 2023 ini.

Apa yang perlu dilakukan oleh mereka adalah memenangi jawatan2 tertinggi UMNO dan ambil alih pendirian parti.

Jika dalam keadaan Sekarang parti lebih condong kepada pendirian bersama gabungan Pakatan Harapan , maka pihak2 tidak setuju dengan keadaan ini akan berkomplot untuk menakluki semua jawatan “Top 5” dan menukar pendirian parti kepada menyokong untuk bersama Perikatan Nasional.



Maka , sudah pasti pemilihan jawatan UMNO pada pertengahan tahun ini ada lah tempat pertempuran paling sengit.

Menurut sumber, pihak2 yang berada dalam kelompok proMuhyidddin telah pun membuat kerja2 saraf menyelusup kedalam bahagian2 UMNO untuk membuat kerja hasutan untuk membenci proSetia ataupun Team Presiden .

Kerja2 ini dilakukan untuk kondisi kan minda perwakilan untuk mnyokong mereka sebaik sahaja ada pemilihan parti nanti.

Sejauh mana keberkesanan kerja proMuhyiddin yang didalangi oleh seorang pemimpin senior UMNO ini tidak dapat dipastikan lagi.



Pada sumber lain pula , pihak Presiden sudah pun mengatur Langkah untuk menghadapi ‘onslaught’ ini.

Beberapa Tindakan akan dilaksanakan.

Antara nya percepat proses mendakwa pemimpin tertentu dari kalangan pihak bermusuhan.

Maka , dengan beberapa pendakwaan , maka pengaruh mereka dijangka akan tiris kerana imej sebagai Kluster mahkamah akan merosak kan kredibiliti mereka ini.

Apa yang jelas , pemilhan UMNO 2023 akan menjadi pentas merebut jawatan yang sangat sengit.

Ia umpama satu ‘mutiny’ atau pun “KUDETA” cara halal dan terangan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker