Pemain sudah berusaha keras – Arul

POTCHEFSTROOM – FIH Hockey Men’s Nations Cup South Africa 2022
15 Ireland v Malaysia (Semi-Final)
Picture:
WORLDSPORTPICS COPYRIGHT FRANK UIJLENBROEK

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad hoki negara, Arul Selvaraj berkata barisan pemainnya sudah mempamerkan aksi terbaik di saingan Piala Negara-Negara Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) 2022 meskipun mereka terpaksa berpuas hati dengan penamat keempat.

Malaysian Tigers tewas 0-4 kepada Korea Selatan pada perlawanan penentuan tempat ke-3/4 di Potchefstroom, Afrika Selatan, semalam.

“Walaupun tewas, barisan pemain sudah berusaha keras. Kami kekurangan tenaga kerana tidak cukup untuk melakukan pertukaran pemain.

“Kelemahan ini sangat ketara kerana kami kehilangan tujuh pemain utama pada kejohanan kali ini. Manakala beberapa muka baru tidak dapat beraksi dengan baik. Tapi mereka sudah berusaha sebaik mungkin, itu paling penting,” katanya.



Penjaga gol skuad negara, Muhammad Hafizuddin Othman sekali lagi mempamer aksi cemerlang apabila menafikan beberapa percubaan berbahaya barisan penyerang Korea.

Korea di depan pada minit ke-22 menerusi gol padang Seo Inwoo sebelum empat minit kemudian Lee Namyong menambah gol kedua untuk Korea mendahului 2-0 selepas berakhir separuh masa pertama.

Pada minit ke-39, Hwang Taeil menyempurnakan pukulan sudut penalti manakala pakar pukulan sudut penalti, Jang Jonghyun melengkapkan kemenangan bergaya Korea dengan menyumbang gol keempat seminit sebelum tamat perlawanan.

“Kami akan berehat selama seminggu manakala pemain yang mengalami kecederaan akan meneruskan sesi pemulihan menjelang persiapan ke Piala Dunia tahun depan.



“Secara keseluruhan, ia adalah kempen yang bagus apabila ada barisan pemain lain berpeluang menimba pengalaman tetapi mereka agak bergelut mengisi posisi penting. Apapun banyak pengajaran yang diambil daripada kejohanan ini,” kata Arul.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button