Perlu tubuh RCI perbelanjaan RM600 bilion
Wang RM600 bilion yang dibelanjakan oleh kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam waktu singkat pemerintahan nya sangat perlu disiasat segera.
Menurut kata Ketua Penerangan UMNO , Isham Jalil, jika Muhyiddin merasakan tiada kesalahan atau penyelewengan , maka seharus berbesar hati untuk disiasat melalui RCI.
Beberapa hari lalu , seorang dipercayai rapat dengan pihak TSMY ada cuba memberi rasional perbelanjaan wang RM600 bilion ketika darurat , namun jawapan nya tidak kuat dan tidak disertai pembuktian perinci perbelanjaan wang itu
Hanya dengan membuka RCI sahaja , boleh di ‘verify’ kebenaran perbelanjaan wang rakyat itu.
Isham juga ada memberi -penjelasan kenapa perlu disegerakan siasatan , antaranya ia melibatkan jumlah terlalu besar dan dua kali ganda besar dari bajet tahunan negara.
Selain itu , keperluan mengadakan audit juga sangat penting untuk mengesahkan sebarang dakwaan pembelian atau pun peruntukan ketika darurat.
Rakyat pasti mengalu alukan siasatan kerana ia membabitkan wang mereka.
Pada kes Presiden UMNO , Datuk Ahmad Zahid Hamidi, wang yang dikira sebagai ‘wang sendiri’ yang diberi oleh penderma kepada Yayasan DAZH sendiri pun boleh dijadikan kes, apa lagi wang RM600 bilion itu milik rakyat.
Lebih dasyat lagi pihak yang sama sama menerima wang dari pemberi yang sama tidak dikenakan apa2 dakwaan , dan hanya DAZH sahaja yang didakwa.
Kini, Nampak jelas pemimpin dari pihak Perikatan Nasional cuba melarikan diri dari menjawab isu ini dan cuba mengalih perhatian kepada isu lain demi mengelak dari menjawab.
Maka, tentu sekali jika RCI diujudkan untuk menyiasat , rakyat akan mula menydari ada isu besar yang cuba ditutup oleh PN dan Tun Mahathir.
Ini belum diambil kira kes Zeti Aziz dan juga kes rasuah Hakim Nazlan yang masih diperap oleh Pejabat Peguam Negara lantikan Muhyiddin Yassin.