Seorang wanita, seorang kanak-kanak lelaki disahkan maut

KUALA LUMPUR: Seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki disahkan meninggal dunia akibat tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik, Father’s Organic Farm, di Gohtong Jaya, awal pagi tadi.

Polis mengesahkan kemalangan jiwa itu.

Terdahulu, media melaporkan, tanah runtuh berlaku di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, di Genting Highlands, awal pagi ini.



Maklumat awal pihak polis, terdapat 100 orang yang berada di tapak perkhemahan itu, yang berkemungkinan menjadi mangsa runtuhan.

Dalam pada itu, bomba melaporkan 37 individu berjaya diselamatkan. – BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button