SELAMAT BERSALIN – ‘MOHAMAD SHAQUR MATEEN’ NAMA ANAK KEDUA FALISHA CROSSLEY

Menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram, pelakon Falisha Crossley telah memaklumkan berita gembira dimana dia telah pun selamat melahirkan anak kedua pada 4 Disember lalu.

Falisha atau nama penuhnya Nur Falisha Crossley Faisal, 24, dalam masa sama mendedahkan nama bayi lelakinya itu, ‘Mohamad Shaqur Mateen’. Kata Falisha, bayinya itu dilahirkan pada pukul 11.38 pagi dengan berat 3.68 kilogram.

Dalam entri tersebut, pemenang Pelakon Baru Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-28 itu turut berkongsi momen-momen indah ketika menyambut kelahiran anak keduanya itu.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Bismillahhirahmanirrahim. Assalamualaikum everyone. Alhamdulillah. Finally after patiently waiting for 40weeks + 2 days-overdue. We’re so proud to announce the arrival of our baby boy on last baraqah Friday, 4th December 2020. There’s no other words to describe how we feel about having him in our arms except – ‘Syukur’.

“And after 8 days he was born, we would love everyone to meet our darling son. Raysha’s little brother and yes, of course our cute bundle of joy. Mohamad Shaqur Mateen Bin Mohamad Rafiq. Friday Dec 4th, 2020. 11.38am. 3.68kg. 53cm



Image_3.jpg

“Antara nama-nama yang terbaik adalah nama2 yang di sandarkan dengan nama Allah.(Asmaul Husna) InshaAllah. AL SHAKUR: THE MOST GRATEFUL or The Acknowledging One (Bersyukur). The Grateful, The Appreciative, The One who gives a lot of reward for a little obedience. AL MATIN: THE FIRM ONE (Teguh). The One with extreme Power which is un-interrupted and He does not get tired.

Semoga Shaqur Mateen menjadi anak yang soleh, taat perintah Allah, akhlak sifat terpuji, rupa yang elok, sentiasa dikurniakan Aafiyah, dengar cakap dan sayang mummy daddy selalu, sentiasa bersyukur (Shaqur) ke jalan Allah dan teguhkanlah (Mateen) tetapkanlah hatinya dengan iman kepada Allah dan Rasul, dan teguhkanlah hidupnya berlandaskan Alquran. Amin #ShaqurMateen,’ tulisnya.

Untuk makluman, Falisha mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Mohamad Rafiq Mohd. Arif pada Januari 2017. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata. Anak sulung pasangan ini bernama Nur Raysha Mikhayla yang kini berusia tiga tahun.



Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg



Image_8.jpg

Image_9.jpg

Image_10.jpg

KRISIS PERAK – Umno Akan Serah Nama Ke Istana Perak



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button