TERBABIT KEMALANGAN – EZZATY ABDULLAH NAFI SEBAB MENGANTUK

Malang tak berbau… demikian halnya dengan pelakon Ezzaty Abdullah, 30, apabila dia berdepan dengan situasi cemas dimana dia telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Sungai Besi kira-kira pukul 3 pagi Jumaat.

Menurut Ezzaty, insiden itu berlaku ketika dia dan pengurus peribadi (PA) dalam perjalanan pulang selepas selesai menjalani penggambaran sebuah drama.

“Allahuakbar, ini kali pertama kereta kena towing sebab accident sendiri langgar penghadang jalan. Habis shooting pukul 1 pagi dari pukul 9 pagi tadi.

“Pastu accident pulak. Alhamdulillah Nasib baik saya dan PA tak apa-apa. Saya yang drive tapi accident bukan sebab mengantuk ye. Tak dapat nak elak divider tu sebab nak elak lori and kereta kat belakang,” tulisnya.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Isteri kepada pelakon Azwan Kombos ini juga menjelaskan kereta jenis BMW yang dipandunya cuba mengelak sebuah lori dan kereta di belakang. Walaupun begitu, Ezzaty melahirkan rasa syukur kerana dia dan pembantu peribadi tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Peminat dan rakan artis seperti Azhan Rani, Mira Filzah, Dynas Mokhtar dan Aishah Azman turut menitipkan pesan agar pelakon itu sentiasa berhati-hati di jalan raya.

Sementara itu, Ezzaty berkata, selepas selesai segala urusan berkaitan kemalangan itu, dia perlu meneruskan kerjanya untuk ke set penggambaran di Sekinchan Selangor pada pukul 4 pagi Jumaat.



Image_3.jpg

“Esok calltime 7 pagi di Sekinchan dan malam di Ampang. sekarang 3.38 pagi baru settle everything dan mandi. Jom tido 30 minit (syukur ada masa kejap utk rehat) kejap lagi 4 pagi nak bangun mandi lagi untuk pergi kerja! Perjalanan 2 jam jugak nak ke Sekinchan. Bukan mudah nak senang, harap semuanya ade hikmah dan hasil. Amin,” katanya.

Sementara itu, Azwan ketika dihubungi meluahkan rasa syukur kerana isterinya dan pembantu peribadi tidak cedera atau trauma selepas berdepan kejadian itu.

“Alhamdulillah, dia tidak cedera dan trauma cuma saya pesan supaya lepas ini kena lebih hati-hati ketika memandu kerana nyawa tidak boleh dicari ganti. Akibat kemalangan itu, kereta mengalami sedikit remuk dan dua tayar di bahagian kiri pecah,” tuturnya.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Ibu bersama bayi 30 hari harung banjir pukul 1 pagi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker