Vinicius mahu tamatkan perjanjian dengan Nike

SAO PAULO: Penyerang Brazil, Vinicius Jr cuba menamatkan perjanjian penajaannya dengan Nike Inc, lapor laman berita Brazil UOL, semalam.

Pemain Real Madrid itu dilaporkan, berkata berasakan dia menerima layanan yang tidak adil daripada syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu.

Vinicius Jr, yang kini bersama pasukan kebangsaan pada Piala Dunia Qatar, menghubungi peguam untuk mendapatkan litigasi bertujuan menamatkan perjanjian yang berakhir sehingga 2028, menurut laporan itu.



Bagaimanapun, Nike tidak membalas permintaan untuk mendapatkan komen mereka.

Vinicius Jr, 22, menjadi salah satu aset terbesar Nike di Brazil yang mana pengeluar pakaian dan barangan sukan AS itu turut menaja pasukan kebangsaan.

Syarikat gergasi itu sebelum ini dilaporkan mereka sudah berpisah dengan Neymar, menamatkan satu daripada penajaan berprofil tinggi selepas sedekad setengah menandatangani bintang penyerang itu sejak berusia 13 tahun.

UOL berkata, Neymar dan Nike gagal mencapai persetujuan mengenai jumlah perlu dibayar kepadanya untuk memperbaharui kontrak.



REUTERS

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button