2 bekas pegawai kanan Pos Malaysia didakwa terima rasuah

2 bekas pegawai kanan Pos Malaysia didakwa terima rasuah

2 bekas pegawai kanan Pos Malaysia didakwa terima rasuah
– Foto hiasan

SHAH ALAM: Dua bekas pegawai kanan Pos Malaysia Bhd masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM26,000 bagi membantu mempercepatkan bayaran kepada sebuah syarikat, dua tahun lalu.

Bekas Ketua Pengurusan Kontrak dan Armada, Abdul Hadi Aziz Wong dan bekas Penolong Pengurus Operasi, Ruslin Sapari membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Abdul Hadi, 48, dan Ruslin, 54, yang bertugas di Bahagian Pengurusan Kenderaan Pos Malaysia, masing-masing didakwa dengan tiga dan dua pertuduhan secara rasuah menerima suapan untuk diri mereka iaitu wang berjumlah RM16,000 serta RM10,000 melalui pindahan dalam talian ke akaun bank milik kedua-dua lelaki itu daripada syarikat OnxOn Logistik Sdn Bhd sebagai upah melakukan perbuatan berkenaan.

Suapan itu bagi membantu mempercepatkan bayaran Pos Malaysia kepada syarikat OnxOn Logistik bagi kerja-kerja ‘Outsourcing Linehaul’ dan ‘Shuttle Services’ di Sabah dan Sarawak.

Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum dibawah Seksyen 24 akta sama.

Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Irwan Shah Abdul Samat mencadangkan jaminan RM8,000 kepada Abdul Hadi dan RM5,000 bagi Ruslan bersama seorang penjamin selain syarat tambahan kedua-dua tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM terdekat sebulan sekali.

Bagaimanapun, peguam Irzan Iswatt Mohd Noor mewakili Abdul Hadi dan peguam Najiah Zaimah Aris mewakili Ruslin masing-masing memohon jaminan RM5,000 dengan alasan anak-anak guam mereka adalah penanggung utama keluarga selain memberi kerjasama baik dengan pihak SPRM sepanjang siasatan kes-kes berkenaan.

Rozilah menetapkan jaminan RM7,000 kepada Abdul Hadi dan Ruslan sebanyak RM5,000 serta seorang penjamin selain membenarkan syarat tambahan yang diminta pihak pendakwaan.

Mahkamah kemudian menetapkan 13 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

 

2 bekas pegawai kanan Pos Malaysia didakwa terima rasuah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Perlu tubuh RCI perbelanjaan RM600 bilion 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker