Akhirnya Hadi Awang Dedahkan Siapa Raja Broker UMNO/BN

Akhirnya Hadi Awang Dedahkan Siapa Raja Broker UMNO/BN

Penulis pernah menggesa Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO supaya mengambil tindakan tegas terhadap Raja Broker UMNO/BN.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2022/12/02/zahid-wajib-singkirkan-raja-broker-umno-dengan-segera/

Beliau (Raja Broker) pernah membuatkan UMNO Sabah lumpuh.

Beliau juga dikatakan sebagai punca mengapa ahli parlimen UMNO melompat ke PPBM selepas PRU 14.

Kini, beliau sekali lagi bertindak membuat kekacauan.

Beliau mengumpulkan surat akuan bersumpah dari 10 ahli parlimen BN untuk menyokong PN bagi membentuk kerajaan pasca PRU 15.

Tindakan beliau yang sering mengutamakan kepentingan peribadi dengan memperdagangkan parti adalah satu tindakan biadab dan tidak boleh dimaafkan.

Di dalam UMNO beliau hanyalah Ketua Bahagian UMNO.

Dan jawatan yang disandang di dalam Barisan Nasional adalah jawatan yang dilantik oleh Pengerusi BN.

Beliau tidak mempunyai apa-apa mandat untuk bercakap atas kapasiti mewakili parti, apa lagi bertindak sendiri tanpa pengetahuan parti.

Benar, beliau mempunyai pengaruh yang agak kuat di dalam UMNO.

Tetapi semakin lama disimpan manusia sebegini, maka pengaruh beliau akan semakin kuat mencengkam parti.

Masa untuk DS Zahid melakukan reset terhadap UMNO sudah tiba dan tidak boleh ditangguhkan lagi.

Ambil Tindakan Sebelum Terlambat

Pemilihan parti akan dilakukan selewat-lewatnya bulan Mei 2023.

Sudah pasti kita tidak mahu parti jatuh ke tangan pemimpin yang tidak bermaruah seperti ini.

Dengan wang dan pengaruh, kemungkinan beliau untuk menukar kepimpinan parti tetap ada walau pun agak tipis.

Mungkin beliau akan kalah dalam pertandingan jawatan presiden.

Tetapi ‘orang-orang’ beliau dilihat berpeluang untuk merebut beberapa jawatan penting parti.

UMNO akan terus berpecah apabila kepimpinan tertinggi dihimpit oleh pengkhianat parti walau pun beliau tidak ada apa-apa jawatan dalam parti.

Ini yang telah berlaku dan sedang berlaku sekarang ini.

Sabotaj dalaman parti pasti akan berlaku di dalam setiap pilihanraya yang akan UMNO sertai.

Akhirnya dari sebuah parti terbesar orang Melayu, UMNO tidak akan mempunyai suara dalam DUN atau pun parlimen.

Apakah kita mahu ianya berlaku baru hendak mengambil tindakan?

Ambiul tindakan tegas sekarang sebelum terlambat.

Biarlah bilangan ahli UMNO berkurangan, tetapi pemimpin dan akar umbi yang ada di dalam UMNO adalah mereka yang setia kepada perjuangan parti.

 

Akhirnya Hadi Awang Dedahkan Siapa Raja Broker UMNO/BN

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker