Amukan Semeru gusarkan penduduk, masih berstatus bahaya

Amukan Semeru gusarkan penduduk, masih berstatus bahaya

Amukan Semeru gusarkan penduduk, masih berstatus bahaya
SEORANG lelaki membawa keluarganya keluar dari kawasan rumah yang ditenggelami lumpur letusan gunung berapi Gunung Semeru di kampung Kajar Kuning di Lumajang semalam.-AFP

LUMAJANG – Ketua Daerah Lumajang, Thoriqul Haq mengumumkan status darurat bencana selama 14 hari ekoran letusan Gunung Semeru yang menghamburkan debu panas setinggi tujuh kilometer ke udara awal pagi kelmarin.

Thoriqul turut meninjau keadaan di Dusun Kajar Kuning di Desa Sumberwuluh yang terjejas teruk selepas sebahagian besar perkampungan penduduk diselaputi debu panas setinggi hampir tiga meter.

Beberapa rumah penduduk termasuk dua buah jambatan yang baharu dirasmikan turut musnah akibat ditenggelami lumpur lava yang dimuntahkan gunung berapi itu.

Jelas Thoriqul, pihaknya kini menguruskan proses memindahkan penduduk terjejas dan melakukan penilaian impak letusan itu walaupun tiada kemalangan jiwa dilaporkan sehingga kini.

“Setakat ini kami belum menerima laporan kematian, tetapi ada yang memerlukan rawatan perubatan termasuk bayi yang dilahirkan pramatang tetapi kami sudah menghantar bantuan untuk merawatnya.

“Semua penduduk diminta mengikut arahan Badan Pengurusan Bencana Wilayah (BPBD) untuk mengosongkan kawasan dalam radius 19 kilometer dari puncak Semeru.

“Saya minta mereka mematuhi nasihat pegawai, jangan meragam, jangan panik dan sentiasa berwaspada,” ujarnya lagi.

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) menaikkan status Gunung Semeru dari tahap tiga atau berjaga-jaga kepada tahap empat iaitu paras bahaya bermula tengah hari semalam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


 

Ketua PVMBG, Hendra Gunawan berkata, jumlah magma yang lebih besar berbanding dua tahun lalu dikhuatirI boleh membahayakan penduduk terutama di kawasan yang lebih luas.

“Debu panas Gunung Semeru boleh menjangkau jarak yang lebih jauh hingga ke kawasan yang terdapat banyak kediaman,” katanya.

Kementerian Pengangkutan Indonesia mengesahkan tiada gangguan terhadap perjalanan udara tetapi notis sudah dihantar ke dua lapangan terbang serantau supaya berjaga-jaga dengan asap tebal.

Agensi mitigasi bencana Indonesia (BNPB) berkata, seramai 2,219 penduduk dipindahkan ke 12 pusat perlindungan dan pihak berkuasa telah mengedarkan pelitup muka kepada semua penduduk.

Agensi Meteorologi Jepun berkata, kepulan abu gunung berapi itu bergerak sekitar 15 kilometer dan pada mulanya mengeluarkan amaran kemungkinan mencetuskan tsunami namun kemudian menarik balik amaran itu.

“Kebanyakan jalan telah ditutup sejak pagi kelmarin dan kini kepulan abu tebal gunung berapi menutup kawasan sekitar dan pemandangan gunung itu,” ujar sukarelawan komuniti, Bayu Deny Alfianto.-AGENSI

Resepi Sambal Penyet Berapi

Amukan Semeru gusarkan penduduk, masih berstatus bahaya


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Perlu tubuh RCI perbelanjaan RM600 bilion 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker