Lelaki ugut ibu bapa guna parang ditahan

Lelaki ugut ibu bapa guna parang ditahan

Lelaki ugut ibu bapa guna parang ditahan
Foto hiasan

MIRI: Seorang lelaki ditahan selepas mengugut ibu dan bapanya dengan menggunakan parang di kediaman keluarga terbabit di rumah panjang di Long Lama pada petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Marudi Deputi Superintendan Ruslan Mat Kib, berkata dalam insiden pada jam 6 petang itu, suspek berusia 20 tahun, meminta wang daripada kedua-dua ibu bapanya.

“Gagal mendapatkan wang, suspek kemudiannya bertindak agresif dengan menggugut ibu bapanya dengan menggunakan parang.



“Suspek juga mengancam hendak membakar rumah panjang itu sekiranya mereka gagal memberikannya wang,” katanya.

Beliau berkata, bimbang sesuatu yang buruk menimpa, laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi.

Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJND) IPD Marudi bertindak menahan suspek di rumah panjang Long Lama pada jam 12 tengah malam hari sama.

“Turut dirampas ialah sebilah parang panjang 68 sentimeter yang digunakan oleh suspek bagi mengugut ibu dan bapanya bagi dijadikan bahan bukti kes,” katanya.



Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan

Lelaki ugut ibu bapa guna parang ditahan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker