Cakoi & Sos Pandan Kastard

Cakoi & Sos Pandan Kastard
Cakoi & Sos Pandan Kastard

 

Hi semua, kali ini Che Nom nak sediakan cakoi atau sesetengah tempat panggil pat tong ko atau chinese panggil youtiao. Ada pelbagai resepi nak buat cakoi ni ada yang guna yis dan ada yang tak guna yis, cuma guna baking powder dan baking soda aja. Kali ni Che Nom nak share resepi yang guna yis dan baking powder.

Sos pula Che Nom hidangkan dengan sos kastard pandan. Ada sesetangh tempat makan dengan sambal cili, atau kuah kacang. Jadi yang tu ikut kegemaran masing-masing lah ye. Cakoi yang sedap mestilah garing di luar dan berongga di dalam baru lah sedap dicicah dengan sos kegemaran masing-masing. Satu tip penting, untuk dapatkan rongga dalam cakoi, perlu uli agak lama dan rehatkan doh untuk hasilkan gluten dari tepung

 

Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan untuk cakoi:
    • 3 1/4 cawan tepung gandum
    • 1 1/2 sudu kecil yis kering
    • 1/2 sudu kecil garam
    • 2 sudu kecil baking powder
    • 2 1/2 sudu besar gula kastor
    • 1/2 cawan susu full cream
    • 1/2 cawan air
    • 1/2 biji telur
    • 3 sudu besar minyak masak
    • Sedikit minyak untuk sapuan
  • Bahan-bahan untuk sos kastard pandan:
    • 1 1/2 cawan susu full cream atau santan
    • 2 sudu besar tepung kastard
    • 1 sudu kecil ekstract pandan
    • Sedikit pewarna hijau
    • 2 sudu besar gula
    • Sedikit garam

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk cakoi:
    1. Masukkan tepung gandum, yis kering, garam (letak jauh sikit dari yis), baking powder, gula kastor, telur, susu, air dan minyak kedalam mangkuk.
    2. Uli adunan sampai jadi doh. Tambah 1 sb minyak masa hujung-hujung proses menguli.
    3. Gris mangkuk dengan minyak.
    4. Pindah masukkan doh kedalam mangkuk dan rehatkan selama 1-2 jam.
    5. Tabur sikit tepung atas papan canai.
    6. Keluarkan doh dan uli sikit untuk buang lebihan udara.
    7. Canaikan atau leperkan doh menjadi segi empat tepat.
    8. Potong doh anggaran saiz 8cm x 3cm
    9. Cara 1 sapu sekeping doh dengan sedikit air dan tindan dengan sekeping lagi doh. Tabur sedikit tepung dan tekan di tengah (boleh tekan dengan chopstick atau lidi).
    10. Cara 2 ambil sekeping doh, tabur tepung (untuk elak melekat) dan tekan di tengah.
    11. Panaskan minyak (pastikan minyak banyak dan cakoi tenggelam).
    12. Tarik perlahan-lahan cakoi dan goreng sehingga keperangan.
    13. Kerap balik-balikan cakoi masa mula menggoreng.
    14. Angkat dan toskan minyak.
  2. Cara-cara untuk sos pandan kastard:
    1. Masukkan susu full cream (atau santan), tepung kastard, ekstrak pandan, pewarna hijau dan gula ke dalam periuk.
    2. Bukak api perlahan dan kerap kacau.
    3. Bila kastard dah pekat masukkan sedikit garam. Boleh tambah susu atau air kalau kastard terlalu pekat.
    4. Hidang bersama cakoi.

 

Tip:

 

  • Boleh bancuh dulu yis, Che Nom masukkan terus tapi pastikan yis masih elok.
  • Jangan letak garam dekat dengan yis (untuk elak yis rosak), campur dulu yis dan garam dengan tepung sebelum adun kesemua bahan.
  • Masa masak sos kastard pastikan kerap kacau takut kastad berketul.
  • Pastikan minyak banyak dan cakoi tenggelam (deep fry).
  • Kerap balik-balikan cakoi masa mula menggoreng.

Puding Kastard Berkuah Koktel

Cakoi & Sos Pandan Kastard

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Perlu tubuh RCI perbelanjaan RM600 bilion 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker