Dua maut nahas 4 kenderaan

Dua maut nahas 4 kenderaan
Dua maut dan seorang parah dalam kemalangan jalan raya membabitkan empat kenderaan di Jalan Bau-Lundu, hari ini. – Foto ihsan JBPM

Dua maut nahas 4 kenderaan

KUCHING: Dua lelaki maut selepas kereta Perodua Kenari dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan tiga lagi kenderaan di Jalan Bau-Lundu, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata wanita yang memandu kereta terbabit pula parah.

Beliau berkata, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu diarah ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.56 pagi.



“Setibanya di lokasi didapati kemalangan berlaku membabitkan empat kenderaan iaitu Perodua MyVi, Perodua Kenari, Proton Saga dan sebuah lori treler.

“Dua lelaki yang menaiki kereta Perodua Kenari disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandunya iaitu wanita pula cedera parah di kepala,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, identiti dua mangsa yang maut serta yang cedera bagaimanapun masih belum diperolehi.

“Mangsa yang cedera mendapat rawatan awal di lokasi oleh anggota EMRS BBP Lundu dan dia kemudian dikejarkan ke Hospital Lundu untuk rawatan lanjut.



“Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya lagi, tiga lagi mangsa, semuanya iaitu memandu Proton Saga, pemandu Perodua MyVi dan pandu lori treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

4 maut, lebih 40 cedera dalam nahas bas di utara Thailand



Dua maut nahas 4 kenderaan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Perlu tubuh RCI perbelanjaan RM600 bilion 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button