Kami berhak menang – Vlasic

AL WAKRAH: Croatia mara ke suku akhir Piala Dunia 2022 selepas kemenangan dramatik 3-1 menerusi penentuan penalti ke atas Jepun dalam pertembungan di pusingan 16 terakhir yang berakhir 1-1.

Mario Pasalic menyempurnakan penalti kemenangan membawa Croatia ke pusingan seterusnya selepas Ivan Perisic menyamakan kedudukan buat Croatia pada minit ke-55 susulan jaringan pembukaan Jepun yang diledak Daizen Maeda sebelum rehat.

“Mereka memberi kami perlawanan yang sukar, tetapi kami tahu perkara itu akan berlaku, bukan kebetulan mereka menewaskan Jerman dan Sepanyol.



“Kami mempunyai lebih banyak peluang dan saya rasa kami berhak untuk menang,” kata bintang Croatia, Nikola Vlasic.

Hasrat Jepun untuk mara ke peringkat lapan terakhir buat kali pertama dalam sejarah berakhir walaupun selepas mereka mara selaku pasukan tangga teratas Kumpulan E.

Mereka bagaimanapun gagal mengejutkan salah satu lagi pasukan besar Eropah yang juga finalis 2018 dan tersingkir di pusingan kedua seperti yang dilakukan empat tahun lalu.

“Pemain menunjukkan kepada kami masa depan, era baharu bola sepak Jepun. Kami menewaskan Jerman, kami menewaskan Sepanyol.



“Jika kami mengambil keyakinan daripada keputusan itu, dan jika kami berfikir untuk mengatasi pasukan ini, masa depan adalah cerah,” kata pengendali Jepun, Hajime Moriyasu.

AFP

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button