Kenapa Ismail Sabri tidak dedahkan terlebih awal ketika jadi PM , sebelum Anwar yang dedahkan?

Oleh Adam Malik.

Semalam cuaca dirasai sangat panas bagi setengah pihak walaupun di musim hujan.

Ini kerana kenyataan demi kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri ke10 Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan beberapa isu dan projek dibawah pentadbiran mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setelah Muhyiddin terpaksa melepaskan jawatan beliau telah melantik orang pilihan nya Datuk Seri Ismail Sabri untuk mengambil alih .



Rupa nya penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Ismail Sabri penuh bersyarat dan janji sulit yang dimeterai.

Terkini , apabila Perdana Menteri baru ke10 Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih , DSAI tidak tunggu lama untuk mendedahkan kepincangan dan ketirisan pemerintahan TSMY.

Semalam sahaja sudah tiga perkara disentuh dan perlu disiasat sebagai kenyataan DSAI sendiri.

Antara perkara yang disentuh dan harus di hentikan segera ‘pending’ siasatan adalah pemberian tender 5G bernilai puluhan ringgit.



 

Menurut Anwar ada seolah olah ‘irregularity’ dalam pemberian tender itu dan mahu kajian dilakukan terlebih dulu.

Ini sebenarnya boleh diterjemahkan sebagai mahu menyiasat kerana ada keraguan.

Selain itu, DSAI juga telah menyentuh hal BERNAS dan isu monopoli beras terkait Shahidan Kassim dan cara mana dia perolehi BERNAS dan kemudian memberi kepada kroni Tun Mahathir Syed Mokhtar.

 

Isu paling ketara yang diungkit oleh DSAI ada lah perbelanjaan RM600 bilion wang rakyat ketika PKP oleh TSMY.

Laporan awal dari Pegawai kerajaan telah memberi andaian ada pelanggaran prosidur yang ketara dan berunsur penyelewengan.

 

Ini menyebabkan DSAI menyerah kepada agensi tertentu untuk siasatan.

Namun, pada segala hal hal ini , satu perkara tersangat menonjol.

Ia itu , jika DSAI dapat melihat dan dapat mengesan nya, kenapa Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri pula gagal mengesan semua hal ini?

Apakah DSIS tahu atau tidak tahu?

Atau DSIS perlu buat tidak tahu?

Hal ini juga cara tidak langsung boleh membuktikan DSIS ada lah Perdana Menteri bawah kawalan TSMY dengan janji2 sulit yang dimeterai oleh nya dibelakang pengetahuan Presiden dan parti.

Nampaknya , banyak penjelasan yang perlu dibuat oleh DSIS berkenaan hal ini.

BN dan UMNO pasti akan berkedudukan lebih baik pada PRU15 jika Ismail Sabri jalankan tugas mendedahkan kepincangan pihak PN dan Muhyiddn Yassin.

Selain hal2 yang di bangkit kan oleh DSAI , DSIS masih belum respon terhadap audio berkenaan orang yang rapat dengan nya yang berkomplot untuk penjarakan Datuk Seri Najib Razak dengan segera.

Sumber yang kami perolehi menyatakan semua hal ini akan didedahkan oleh Presiden UMNO pada ucapan nya di Perhimpunan Agung UMNO pada bulan Januari 2023.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker