Penganggur ditahan hina polis di TikTok

Johor Bahru : Padah menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) di media sosial TikTok, seorang penganggur ditahan di kediamannya di Permas Jaya di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Raub Selamat berkata suspek berusia 22 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah JBS menerima maklumat berhubung video tular itu pada jam 5 petang hari sama.

Katanya tajuk video terbabit secara langsung adalah satu penghinaan keoada PDRM secara keseluruhannya.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis mengesan pemilik video TikTok yang tular dan berjaya menahan lelaki itu.

“Polis berjaya merampas sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk memuat naik video terbabit di aplikasi TikTok.

“Suspek dipercayai berbuat demikian dengan alasan mengejar populariti dan tumpuan daripada pengguna TikTok yang lain, “katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Raub, pihaknya menasihati semua pengguna media sosial agar tidak sewenangnya memuat naik video dengan kandungan yang boleh menimbulkan fitnah dan kebencian masyarakat terhadap pihak penguatkuasa terutama polis.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Multimedia dan Komunikasi 1998, “katanya.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker