Kes saman selesai, DAP mohon maaf kepada Rahim Thamby Chik



Kes saman selesai, DAP mohon maaf kepada Rahim Thamby Chik

Kes saman selesai, DAP mohon maaf kepada Rahim Thamby Chik

KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik terhadap Khoo Poay Tiong dan DAP selesai, apabila Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP dan parti itu hari ini memohon maaf kepada bekas Ketua Menteri Melaka berhubung penerbitan beberapa artikel mengaitkannya dengan pelbagai skandal.

Poay Tiong yang turut mewakili DAP membacakan kenyataan permohonan maaf di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Dr John Lee Kien How @ Mohammad Johan Lee berkata artikel-artikel berkenaan adalah tidak berasas serta tidak benar dan adalah fitnah terhadap Abdul Rahim dan keluarganya.

“Kami dengan ini memohon maaf dan menyatakan kekesalan kami atas sebarang kesusahan dan penghinaan kepada Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan keluarganya akibat daripada penerbitan artikel-artikel berkenaan.



“Kami telah memadamkan artikel-artikel itu dan berjanji tidak akan menerbitkan sebarang artikel yang mengandungi alegasi-alegasi ini (dakwaan) atau serupa terhadap Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik,” katanya.

Mahkamah kemudian merekodkan penghakiman persetujuan itu dengan kos RM180,000 dibayar kepada Abdul Rahim.

Prosiding perbicaraan kes saman itu sepatutnya berlangsung hari ini hingga Khamis, namun pihak-pihak bersetuju untuk menyelesaikannya melalui penghakiman persetujuan.

Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin mewakili Abdul Rahim manakala Ramkarpal Singh mewakili Poay Tiong dan DAP.



Selain Poay Tiong, Abdul Rahim turut menamakan Pengerusi Kebangsaan DAP Tan Kok Wai, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Gobind Singh Deo dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ketika itu, sebagai defendan kedua hingga keempat yang disaman sebagai pemegang jawatan dalam parti.

Pada 17 September 2020, Abdul Rahim mendakwa pada 16 Dis 2018, Poay Tiong yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka ketika itu, telah menulis, menerbit atau menyebabkan untuk diterbitkan artikel-artikel mengandungi perkataan fitnah yang mengaitkan beliau di laman Facebook milik defendan pertama (Poay Tiong), laman sesawang DAP www.dapmalaysia.org dan portal berita www.thestar.com.my.– BERNAMA

Perlu tubuh RCI perbelanjaan RM600 bilion 

 

Kes saman selesai, DAP mohon maaf kepada Rahim Thamby Chik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Perlu tubuh RCI perbelanjaan RM600 bilion 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker