Pemandu wanita ditahan selepas dikejar polis sejauh 65km

Pemandu wanita ditahan selepas dikejar polis sejauh 65km

Pemandu wanita ditahan selepas dikejar polis sejauh 65km

IPOH: Polis mengejar kenderaan dipandu wanita sejauh 65 kilometer dan berjaya menahan suspek selepas kenderaan dipandunya mengalami kerosakan pada enjin dan tayar setiba di Kilometer (KM) 29, Lebuhraya Ipoh-Lumut (arah Lumut), semalam.

Suspek berumur 39 tahun yang memandu kenderaan pelbagai guna Toyota Innova berwarna putih itu dikejar selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan di sekitar kawasan pekan Batu Gajah.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif, berkata sepasukan tiga anggotanya yang menjalankan tugas rondaan cegah jenayah kira-kira jam 2.50 pagi cuba menahan kenderaan suspek, namun pemandunya enggan memberikan kerjasama.



Beliau berkata, wanita itu kemudian memecut kenderaannya dengan memandu secara melulu dan berbahaya menghala ke Jalan Gopeng, Jalan Ipoh-Kampar, Jalan Malim Nawar, sebelum berhenti di lokasi jalan mati di Malim Nawar.

Pekerja pembersihan, remaja perempuan maut nahas di Jalan Solok Duku Tanjung Bidara dan Jalan Kuala Sungai Baru

Pada masa sama, katanya, bantuan mengejar dan mengekori kenderaan suspek turut diberikan oleh masing-masing dua kenderaan dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Batu Gajah, kenderaan unit peronda polis (MPV) Batu Gajah, MPV Kampar dan dua kenderaan Balai Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mohamad Roy Suhaimi berkata, setiba di jalan mati, suspek turut bertindak melulu untuk melarikan diri daripada kepungan polis dengan melanggar beberapa kenderaan polis, selain cubaannya melanggar seorang anggota polis yang berada di belakang ketika mengundurkan kenderaan.



“Anggota polis terbabit terpaksa melepaskan satu das tembakan pada tayar belakang kiri kenderaan suspek, namun suspek terus memandu kenderaannya untuk melarikan diri.

“Bagaimanapun setiba di KM29 Jalan Ipoh-Lumut, kenderaan suspek berhenti sendiri akibat kerosakan teruk pada enjin dan tayar, membolehkan berjaya ditahan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan pada kenderaan dinaiki suspek bagaimanapun tidak menjumpai sebarang barangan salah dengan suspek dan kenderaannya dibawa ke IPD Batu Gajah untuk siasatan lanjut.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek dipercayai bertindak lari daripada pemeriksaan polis dan melanggar kenderaan polis kerana berasa takut dan marah akibat tekanan hidup.

Bagaimanapun, katanya, pemeriksaan ke atas suspek yang menetap di Lumut itu mendapati dia tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau termasuk ujian awal saringan air kencing, negatif.

Mohamad Roy Suhaimi berkata, lima kenderaan polis yang terbabit dalam insiden itu turut rosak akibat dilanggar kenderaan suspek.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 39 Akta Senjata 1960, Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Beliau berkata, suspek direman selama lima hari bermula semalam hingga 8 Disember ini untuk siasatan lanjut.

 

Nahas 2 motosikal bukan sebab dikejar polis

Pemandu wanita ditahan selepas dikejar polis sejauh 65km

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Perlu tubuh RCI perbelanjaan RM600 bilion 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker