Resepi Popcorn Caramel Homemade



Resepi Popcorn Caramel Homemade
Resepi Popcorn Caramel Homemade

 

Che Nom nak kongsi cara untuk buat kudap-kudapan ataupun snek yang paling famous kalau kita ke panggung wayang iaitu popcorn caramel.

Dalam video ni ada dua resepi untuk masak kernel jagung untuk hasilkan popcorn. Yang pertama, kita masak guna popcorn oil yang memang khas disediakan untuk masak popcorn, dan yang kedua kita masak kernel jagung dengan menggunakan minyak popcorn buatan sendiri daripada minyak masak dan mentega.

Selepas dah siap masak, kita buat pual gula caramel untuk disalut dengan popcorn. Kos nak buat sendiri ni murah aja. Berbaloi kalau buat di rumah sebab boleh makan berkongsi ramai dengan ahli keluarga. Buat makan sambal tengok cerita Korea pun best sangat ni.

 

Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan untuk popcorn:
    • 1/3 cawan popcorn
    • 3 sb minyak popcorn
    • ATAU
    • 2 sb minyak masak
    • 1 sb mentega
  • Bahan-bahan untuk gula karamel:
    • 1/2 cwn + 1 tbsp gula
    • 1/4 cwn air
    • 2 sb mentega
    • 1/4 sk baking soda
    • 1/4 sk garam

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk masak popcorn dengan minyak popcorn
    1. Masuk minyak popcorn.
    2. Bila minyak dah panas masukkan bertih popcorn dan kacau sebati.
    3. Bila popcorn dah mula meletup tutup tudung periuk dan perlahankan api.
    4. Goyang periuk sekali sekala.
    5. Bila popcorn dan masak tuang masuk dalam mangkuk besar.
  2. Cara-cara untuk masak popcorn dengan minyak masak:
    1. Masukkan minyak masak dan mentega.
    2. Masukkan popcorn dan kacau sampai popcorn meletup.
    3. Tutup tudung periuk dan perlahankan api takut popcorn hangit.
    4. Masak sampai habis bunyi meletup.
  3. Cara-cara untuk gula karamel:
    1. Masukkan gula putih dan air dalam kuali.
    2. Masak sampai air gula cair dan bertukar perang. Tak perlu kacau, hanya goyang-goyang kuali saja.
    3. Bila air gula bertukar perang muda (light brown) masukkan butter dan tutup api (untuk elak caramel gelap dan pahit). Kacau sampai pekat
    4. Masukkan garam. Kacau sebati.
    5. Masukkan baking soda dan kacau cepat-cepat.
    6. Cepat-cepat tuang masuk karamel dalam popcorn.
    7. Gaul popcorn cepat-cepat sementara karamel masih panas.
    8. Pindah masuk popcorn dalam tray dan relaikan popcorn yang melekat.

 

Tip:

 

  • Gunakan periuk yang besar dan tinggi biar cukup ruang untuk popcorn meletup.
  • Bila popcorn mula meletup, perlahankan api takut popcorn cepat hangit.
  • Kita tak boleh guna semua mentega untuk masak popcorn, campur sedikit minyak masak, sebab mentega cepat hangus dan popcorn akan jadi tak sedap.
  • Masa masak caramel pastikan bahan dah bersedia (stand by) sebab proses masak caramel cepat, kalau terlambat gula jadi hangus atau sejuk kalau biar lama.

Ayam Popcorn Sambal Manis

Resepi Popcorn Caramel Homemade


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Perlu tubuh RCI perbelanjaan RM600 bilion 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker