Kanak-kanak hilang lebih sebulan ditemui di rumah jiran

Kanak-kanak hilang lebih sebulan ditemui di rumah jiran

Kanak-kanak hilang lebih sebulan ditemui di rumah jiran
Muhammad Khairul Ikhwan yang hilang sejak 26 Oktober lalu, ditemui selamat di rumah jirannya. – Foto IHSAN PDRM

PETALING JAYA: Selepas lebih sebulan dilaporkan hilang, seorang kanak-kanak lelaki ditemui selamat di rumah jirannya di flat sama di Desa Mentari di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata Muhammad Khairul Ikhwan Muhammad Rashid, 11, ditemui di rumah warga emas di sebuah blok flat terbabit.

“Dia ditemui dalam keadaan selamat. Difahamkan, kanak-kanak ini selalu keluar rumah semasa ibu bapanya keluar bekerja.



“Rutinnya yang selalu keluar rumah menyebabkan ibu bapanya lewat membuat laporan polis iaitu pada 24 November lalu meskipun tidak pulang ke rumah sejak 26 Oktober,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Laporan sebelum ini menyebut, kanak-kanak itu kali terakhir dilihat berada di rumahnya di Desa Mentari jam 1.30 tengah hari pada 26 Oktober lalu.

Kanak-kanak hilang lebih sebulan ditemui di rumah jiran

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tuan Ibrahim Mula Mempromosikan Diri Sendiri Sebagai Calon PM Dari PN?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker