Siapa MP Sabah Tandatangan SD Sokong PN Dan Mengapa?

Siapa MP Sabah Tandatangan SD Sokong PN Dan Mengapa?

Secara tidak sengaja, mungkin kerana terlalu kecewa dan geram, presiden PAS, Hadi Awang mendedahkan siapa sebenarnya Raja Broker UMNO/BN.

Namun begitu, seperkara yang menarik perhatian penulis apabila Hadi secara terperinci menjelaskan pecahan ahli parlimen BN yang menjadi kluster pengkhianat.



Hadi menjelaskan, 2 dari MCA, 1 dari MIC, 1 dari BN Sabah dan bakinya adalah ahli parlimen BN dari semenanjung.

Persoalannya sekarang, siapakah yang dimaksudkan Hadi sebagai satu dari BN Sabah?

Dan pengerusi BN Sabah, Bung Mokhtar, mesti tampil memberikan penjelasan, menagapa perkara sebegini boleh berlaku.

Adakah beliau gagal mengawal ahli parlimen BN Sabah atau ada penentangan dari ahli parlimen Sabah dengan kepimpinan beliau.



Penulis mesti memberikan kredit kepada Bung Mokhtar atas usaha beliau menyelamatkan UMNO Sabah dari lumpuh selepas PRU 14.

Tetapi kegagalan mengawal ahli parlimen sendiri adalah sesuatu yang tidak boleh dibiarkan berlaku.

Tidak ada artinya BN memenangi pilihanraya tetapi selepas pilihanraya, ahli parlimen yang menang khianat kepada parti.

Mungkin ini salah satu alasan mengapa tidak ada pencalonan untuk jawatan menteri kepada ahli parlimen Sabah.



Siapa MP Sabah Tandatangan SD Sokong PN Dan Mengapa?

Dan tindakan Bung Mokhtar berjumpa sendiri perdana menteri untuk menyatakan kekesalan beliau juga adalah sangat dikesali.

Benar, UMNO Sabah diberikan kuasa autonomi, tetapi ini tidak bermaksud beliau boleh membelakangi kepimpinan utama parti di pusat.

 



Siapa MP Sabah Tandatangan SD Sokong PN Dan Mengapa?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button