Syarikat keluarga turut terbabit penyelewengan perbelanjaan RM600 bilion PN [VIDEO]

Syarikat keluarga turut terbabit penyelewengan perbelanjaan RM600 bilion PN

Anwar mengingatkan Muhyiddin supaya tidak mencabarnya untuk mendedahkan bukti di sebalik dakwaan penyelewengan perbelanjaan RM600 bilion. – Foto NSTP

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, supaya tidak mencabar beliau dalam isu membabitkan dakwaan penyelewengan peruntukan antara RM580 hingga RM600 bilion oleh pentadbiran Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Anwar ketika sidang media pertamanya selepas dilantik Menteri Kewangan hari ini, memaklumkan terdapat beberapa proses dan prosedur yang tidak dipatuhi semasa pemerintahan PN.

Beliau juga mendedahkan bahawa syarikat yang mempunyai kepentingan ‘membabitkan keluarga’ turut terbabit dalam penyelewengan perbelanjaan itu.

“Kontroversi angka ini (antara RM580 hingga RM600 bilion) dimainkan semasa kempen PRU15 kononnya kerajaan dahulu membelanjakan wang begitu banyak untuk rakyat.

“Setelah diteliti, sejumlah besar daripada wang itu adalah dari KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) iaitu wang simpanan hari tua rakyat sendiri dan juga untuk moratorium bank.

“Namun, ada beberapa puluh bilion yang lain yang menunjukkan ada pelanggaran peraturan. Justeru, kepada Tan Sri Muhyiddin, jangan cabar kerajaan kerana ada beberapa peraturan dan prosedur yang tidak dipatuhi serta ada beberapa syarikat berkepentingan membabitkan keluarga turut terpalit,” katanya.

Semalam, Anwar ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet berkata, pegawai Kementerian Kewangan mengesahkan terdapat pelanggaran serius prosedur berhubung dakwaan perbelanjaan hampir RM600 bilion ketika pentadbiran kerajaan diterajui Muhyiddin.

Perdana Menteri berkata beliau sudah menyerahkan perkara itu untuk disiasat jabatan berkaitan bagaimanapun memaklumkan belum ada perbincangan di peringkat Kabinet sama ada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) akan ditubuhkan bagi menyiasat perkara itu.

Sebelum ini ramai yang mendesak supaya RCI ditubuhkan bagi menyiasat perbelanjaan RM600 bilion ketika pandemik itu, selain laporan polis turut dibuat untuk menuntut siasatan diadakan.

Anwar dalam pada itu berkata, biarpun pemimpin PN menguar-uarkan pentadbiran itu bersih, ia sebenarnya tidak bersih sama sekali.

Katanya, perkara itu sudah pun diulas beliau dua tahun lalu di Parlimen kerana ia seolah-oleh usaha untuk mengelirukan rakyat.

Sementara itu, Anwar turut mengingatkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk tidak bersikap gopoh ketika mengeluarkan kenyataan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Beliau berkata, kenyataan dibuat oleh Takiyuddin itu disifatkan gopoh kerana pemimpin PAS itu tidak membaca fakta yang ada.

“RM600 bilion itu peruntukan sepenuhnya, tetapi kita akan teliti di mana ada pelanggaran peraturan dan ketirisan.

“Saya nak nasihatkan Takiyuddin jangan gopoh kerana saya di Kementerian Kewangan. Fail ada pada saya,” katanya

Anwar mengulas kenyataan Takiyuddin tengah malam tadi yang kesal dengan tuduhan berunsur fitnah dikeluarkan Perdana Menteri semalam, yang membayangkan kononnya dana pilihan raya PN datang daripada syarikat perjudian.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button