Komen jurulatih Bayern cetus motivasi Villarreal

MUNICH, Jerman: Penyerang Villarreal, Gerard Moreno berkata komen daripada jurulatih Bayern Munich, Julian Nagelsmann memberi inspirasi buat kelab Sepanyol itu mencipta kejutan menang 2-1 secara agregat sekali gus menyingkirkan gergasi Jerman itu pada suku akhir Liga Juara-Juara.

Mendahului 1-0 pada perlawanan pertama, Villarreal seri 1-1 dan mara ke separuh akhir hasil gol Samuel Chukwueze pada minit ke-88.

“Malam ini mereka (Bayern) membuat kesilapan kerana tidak membunuh terus kami dan kami mengambil peluang itu,” kata Moreno.

Isnin lalu Nagelsmann berkata Villarreal melakukan kesilapan dengan menang aksi pertama menerusi kelebihan 1-0 yang “membolehkan kami terselamat”.

“Pada perlawanan pertama kami melakukan kesilapan kerana tidak terus membunuh mereka. Semua komen mengenai itu adalah motivasi buat kami,” kata Moreno yang melakukan hantaran lintang bagi jaringan kemenangan Chukwueze.

“Apa yang dilakukan pasukan ini adalah hebat.

Skuad kendalian Unai Emery sudah menyingkirkan Juventus dalam kelompok 16 terakhir menerusi kemenangan hebat 3-0 di Turin.

“Ia perasaan yang menakjubkan, ia bukan mudah buat kami. Kami kelab kecil, dari kampung, sama seperti Asterix dan Obelix,” kata Emery.

“Kami mara selangkah demi selangkah, kami melalui suku akhir yang sangat sukar,” tambahnya.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker