Agaknya Apa Khabar ‘Anjali’ Kuch Kuch Hota Hai?

Katanya Makin Cantik & Tinggal Di Luar Negara…

Agaknya Apa Khabar ‘Anjali’ Kuch Kuch Hota Hai?

Agaknya Apa Khabar ‘Anjali’ Kuch Kuch Hota Hai?

Bila dah dewasa, wajahnya pun dah macam Kajol pula. Peminat filem blockbuster Bollywood, Kuch Kuch Hota Hai pasti familiar dengan watak kanak-kanak ‘Anjali’. Walaupun filem ini ditayangkan pada 24 tahun yang lalu, tak dinafikan Anjali masih lagi popular sehingga sekarang.

Anjali atau nama sebenarnya Sana Saeed, kini berusia 33 tahun dan telah menjadi seorang wanita yang memiliki rupa paras yang cantik serta bakat yang luar biasa.

Agaknya Apa Khabar ‘Anjali’ Kuch Kuch Hota Hai?
VIA Instagram Sana Saeed

Sekadar info, Sana bukan sahaja aktif sebagai seorang pelakon dari sejak kecil lagi. Malah dia turut aktif dalam bidang pengacaraan dan peragaan.

Karier Sana sebagai seorang pelakon bermula ketika dia berusia 8 tahun lagi apabila mula membintangi filem pertamanya iaitu Kuch Kuch Hota Hai. Selepas daripada filem tersebut, dia turut membintangi filem hit lain seperti Badal, Har Dil Co Pyar Karega dan School of The Year.

Manakala bidang pengacaraan pula, Sana pernah menjadi hos rancangannya sendiri iaitu MTV Splitsvilla Sexy Sana Show pada tahun 2013.

Agaknya Apa Khabar ‘Anjali’ Kuch Kuch Hota Hai?
VIA Instagram Sana Saeed

Pendidikan Sana pula, pelakon ini mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan perdagangan dan menetap di Mumbai, India. Dan kini dia telah berpindah sementara ke Los Angeles untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pembuatan filem dan lakonan di New York Film Academy.

 

Sejujurnya Cik Murai memang kagum dan bangga dengan Sana, walaupun bergelar sebagai pelakon dia tetap mementingkan pelajarannya. Hebat!

Jangan lupa langgani saluran InstagramFacebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini

berita hiburan terkini. 

Ketua Pemuda PAS Di Rakam Keterangan Kerana Mengugut Pihak Berkuasa

 

Agaknya Apa Khabar ‘Anjali’ Kuch Kuch Hota Hai?


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Ketua Pemuda PAS Di Rakam Keterangan Kerana Mengugut Pihak Berkuasa

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker