Annuar Musa ‘tutup mulut’ isu duit dalam bilik tidur

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Annuar Musa 'tutup mulut' isu duit dalam bilik tidur

Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa masih ‘tutup mulut’ berhubung isu duit dalam bilik tidur Muhyiddin Yassin sebagaimana beliau dakwa dalam satu video di TikTok.



Dalam siaran tersebut, Annuar Musa mengakui Muhyddin membantu Umno ketika menghadapi PRN Sabah.

Persoalannya, dari mana datangnya duit berjuta sebagaimana disebut Annuar? Apa sumber duit tersebut, berapa puluh juta yang diserahkan Muhyiddin dan kepada siapa duit tersebut diserahkan?

Keraguan ahli Umno mengenai dakwaan Annuar Musa sudah tidak dapat dibendung apabila Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mendedahkan ada persoalan mengenai perbelanjaan sebanyak RM600 billion semasa Muhyiddin memerintah.

Bagaimanapun selepas merujuk tarikh pelaksanaan Darurat, PRN Sabah telah selesai diadakan pada 2020, sebelum darurat dilaksanakan pada 12/1/2021.



According to a source, MACC has opened an investigation paper into the claim and the anti-graft body will summon Muhyiddin and Annuar for questioning.

In a video posted on TikTok on Nov 21, Annuar claimed that Muhyiddin had met him while in Sabah to give him “tens of millions” of ringgit. This led to questions on social media about the origin of the funds.

“I flew to Sabah and met Muhyiddin myself. (I) entered his bedroom and told him Umno didn’t have enough money and lacked funds. Muhyiddin gave tens of millions to help Umno when in Sabah,” Annuar said in the video which was posted two days after the 15th general election (GE15). – FMT -6/12/2022

Tidak mungkin duit tersebut dari sumber yang disebut sebagai perbelanjaan RM600 billion.



Jadi persoalan besar yang timbul dalam pemikiran rakyat, dari mana Muhyiddin memperolehi sumber kewangan bagi membantu pembiayaan Umno semasa kempen PRN Sabah?

Annuar Musa perlu bertanggungjawab bagi menjelaskan perkara tersebut dan beliau wajib memperincikan ‘sumbangan’ dari Muhyiddin.

Annuar Musa 'tutup mulut' isu duit dalam bilik tidur

Ini sesuatu yang berada di luar jangkaan dan mungkin juga di luar pengetahuan kepimpinan tertinggi Umno.



Malah, Annuar Musa juga bukanlah dalam Kepimpinan Tertinggi Umno untuk berunding atau mengadu kepada Muhyiddin Umno kehabisan duit berkempen. 

Beliau ketika itu merupakan Menteri Wilayah Persekutuan dan berada dalam jemaah Kabinet Muhyiddin Yassin.

 

 



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button