OPPO Pad Neo: Versatil Untuk Kerja & Berhibur, Sambungan Lancar Antara Peranti

OPPO Pad Neo: Versatil Untuk Kerja & Berhibur, Sambungan Lancar Antara Peranti

OPPO Pad Neo: Versatil Untuk Kerja & Berhibur, Sambungan Lancar Antara Peranti

Untuk memenuhi permintaan ramai peminatnya, OPPO baru-baru ini memperkenalkan OPPO Pad Neo dalam rangkaian tabletnya.

Model ini direka dengan ciri untuk menjamin keselesaan untuk berpanjangan sepanjang hari oleh penggunanya.

Peranti model ini juga dilengkapi quad-speaker dengan Dolby Atmos®, bateri tahan sepanjang hari dan sambungan ke berbilang peranti tanpa masalah. Semua ini dan banyak lagi ciri yang korang kena tahu sebelum beli OPPO Pad Neo ini:



Skrin Readfit 7:5, 2.4K terbesar yang mesra mata

OPPO Pad Neo: Versatil Untuk Kerja & Berhibur, Sambungan Lancar Antara Peranti

Apa yang membezakan OPPO Pad Neo berbanding tablet lain di pasaran adalah skrin ReadFit 11.4 inci 2.4K yang pertama dalam industri menampilkan nisbah aspek 7:5.

Rekaan ini bukan sahaja memberikan lebih keselesaan dengan ruang tontonan lebih luas dan nisbah aspek lebih versatil.

OPPO Pad Neo: Versatil Untuk Kerja & Berhibur, Sambungan Lancar Antara Peranti

 

Berbanding paparan tablet biasa berkadaran 5:3, OPPO Pad Neo menawarkan lebih 7% dari segi kawasan skrin. Nisbah aspek 7:5 memastikan konsistensi tidak kira untuk mod lanskap, potret atau pun split-screen.

Skrin paparan OPPO Pad Neo jauh meninggalkan tablet flagship lain dengan resolusi 2408 x 1720 berketumpatan 260PPI serta 96% NTSC color gamut. Kecerahan skrin paling tinggi pula mencecah 400nits, menjadikannya paparan tablet kelas pertengahan terbaik dalam kelasnya.



Untuk mengurangkan keletihan mata dan mengganggu corak tidur akibat pendedahan kepada cahaya biru, tablet ini dilengkapi teknologi cahaya biru dan mod Smart Color Temperature Adjustment.

Paling istimewa skrin pada model ini terbina dengan Circadian Friendly dan Full Care Display 2.0 dari TÜV Rheinland. Ciri ini menjamin pengalaman tontonan lebih mesra mata berbanding standard industri.

Sambungan peranti silang lebih efisien

Nak berhibur sambil kekal produktif bekerja? OPPO Pad Neo adalah jawapannya. Apabila Pad Neo ini berhampiran dengan telefon yang serasi, peranti ini akan dihubungkan yang membolehkan sinkronisasi pada tablet dan telefon.

Ciri Content Sync membolehkan menerima foto, video atau screenshot dari telefon secara real-time kepada Pad Neo. Lebih mudah juga untuk menggunakan fungsi copy-paste, di mana pengguna boleh copy dari satu peranti dan paste secara terus pada clipboard satu lagi peranti lain.

Dengan ciri App Relay pula, pengguna tidak akan tertinggal apa-apa tugasan dalam proses transisi. Menonton movie, baca buku atau apa sahaja tugasan dapat disambung pada satu lagi peranti tanpa perlu mengulang semula dari awal.

Hiburan mengasyikkan seharian dengan prestasi luar biasa

OPPO Pad Neo: Versatil Untuk Kerja & Berhibur, Sambungan Lancar Antara Peranti

Apalah maknanya peranti dengan spesifikasi paling mantap tanpa kapasiti bateri paling padu kan?

Jangan risau dengan OPPO Pad Neo dengan bateri 8,000mAh dengan pengecasan pantas 33W SUPERVOOC memastikan korang boleh berhibur sepanjang hari.

Quad-speaker dengan Dolby Atmos® menjanjikan kualiti audio yang jelas dan terperinci dalam apa juga keadaan.

Tidak terhenti di situ, peranti ini juga terbina dengan prosesor MediaTek Helio G99, kamera depan dan belakang 8MP, Omnibearing sound field serta storage boleh dipertingkat menjadikan OPPO Pad Neo satu peranti yang versatil dan mesti dimiliki.

Sudah berada di pasaran

OPPO Pad Neo: Versatil Untuk Kerja & Berhibur, Sambungan Lancar Antara Peranti

OPPO Pad Neo kini di pasaran dengan harga RM1,199 untuk Wi-Fi (6GB RAM+6GB+128GB ROM) dan RM1,399 untuk 4G LTE (8GB RAM +8GB+128GB ROM).

Pembeli OPPO Pad Neo ini bakal menerima OPPO Pad Neo Smart Case bernilai RM99 secara PERCUMA! Dapatkan OPPO Pad Neo secara fizikal atau online seperti di bawah:

Kedai fizikal

1. My OPPO Space

2. OPPO Brand Store

3. Pengedar sah OPPO

4. Rakan jualan sah

Kedai online

1. OPPO Official Online Store

2. OPPO Authorised Online Store

3. Rakan niaga E-comm

Untuk maklumat lanjut mengenai OPPO Pad Neo, lawati: https://www.oppo.com/my/accessories/oppo-pad-neo/.

OPPO Pad Neo: Versatil Untuk Kerja & Berhibur, Sambungan Lancar Antara Peranti

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir cari helah elak hadapi RCI Batu Puteh

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker