`Croatia mampu saingan Brazil’

DOHA: Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic menyifatkan skuad Brazil menakutkan, namun menegaskan anak buahnya bukan pasukan `underdog’ menjelang aksi suku akhir membabitkan dua pasukan itu, Jumaat ini.

Croatia yang muncul naib juara pada edisi 2018 menewaskan Jepun menerusi sepakan penalti dan Dalic jelas gembira dengan karakter ditunjukkan oleh anak buahnya.

Namun dia mengakui Brazil adalah satu pasukan yang jauh berbeza berbanding lawan yang pernah ditentang mereka sebelum ini.

“Brazil ada lebih 200 juta penduduk, kami hanya ada empat juga penduduk. Jadi kami hanyalah seperti sebuah bandar kecil di Brazil,” kata Dalic.



“Ini akan menjadi aksi yang jauh berbeza berbanding aksi sebelum ini kerana Brazil suka bermain bola sepak.

“Secara realistiknya, Brazil adalah pasukan terbaik pada pertandingan ini. Mereka ada pilihan pemain dan skuad yang hebat.

“Ia menakutkan, jadi ini satu ujian yang benar-benar mencabar buat kita.”

Brazil membelasah Korea Selatan 4-1 namun, Dalic berpendapat pasukannya mampu memberi saingan menentang juara dunia lima kali itu.



“Brazil adalah pasukan pilihan, anda boleh lihat mereka ada suasana yang hebat dalam pasukan. Mereka ada pemain berkelas dunia serta Neymar yang baru pulih daripada kecederaan.

“Kita perlu lebih bijak dalam pendekatan yang akan digunakan. Kami tidak boleh bermain terlalu terbuka tetapi kita juga tidak boleh terlalu bertahan.

“Peluang bukan 50-50 tetapi kami pun bukanlah pasukan bukan pilihan.”

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker